Friday, July 08, 2011

From SA to TM

Journey begin. From here to there.
No one besides me. Camera + cloth + Buku Kosong.

2-July-2011

8.15 A.M
-  From Plantinum to Padang Jawa KTM station.

8.30 A.M
- KTM arrive. Journey start here.
- Damn! Full with people who wanna hang out at KL today.
- Me? move to Tanjung Malim jew.  
 
-->[Ape ade sane. Nape ko beria-ia nak pergi sane?]
-->Yeah, miss little Nurdini. :D
-->Btol ka? 
-->OK. aku mahu jumpa kawan aku. Tapi x dapat jumpe coz nenek die meninggal... puas hati? (-_-'')

9.15 A.M
-KL Sentral? Here i am.
- Breakfast at KFC.
- Burrrrpp Alhamdulillah.
- Here comes to desserts. Winston Only :D
- Waiting for no one. Wait till the perfect time has come.

KFC Breakfast set :D



So Boring here.
 OK. Boring with KL atmosphere. Start moving.

11.00 A.M
-Depart from KL Sentral to TM
-Transit at Rawang.
-RM7 only :)
Ramai la pulak... :(


11.45 A.M
-Arrive Rawang
-Yeah!  really love this part! So am i...still WAITING ..lalala
-Have to wait for KTM arrive. Next 45 minutes maybe...urgghhh~
-AT-1? Where are you? Lets move! yeah!
 All these picture taken at Rawang KTM Station.


Yeah! Aku suka menunggu!

The Railways.


Yeah! Habis melekat.... masuk semak la sangat (-_-'')
Ini Keretapi sudah sampey :D


1.45 P.M
- Here I come! Tanjung Malim! Yeah!.
- Yuhuuu...i'm a stranger, Analog camera hanging at my neck. haha.. Old skool rocka!
- Daym! Have to wait for my sister to pick me up. next 3 hours maybe. (-_-'').. So am i, still WAITING. lalala...
- Pusing-pusing yusdi-go-round. 20 minit sudah habis ka? Aiya, manyak cepat ma..hahaa..

The Pekans 
The Pekans, (-_-'')

Mati.
Only In Tanjung Malim! wakaka...


Lunch time!
-Restoran Ghani, Just small mamak restaurant.
-No corner lot mamak like BARRA, HAKIM, KHULAFA at Tanjung Malim. (-_-'')
-This Ghani is so nice. 1 Malaysia. Ooppppsss...Not 1 Malaysia. BUT 1 ASIA! haha.. Bangla, myanmar,  Pakistan? Semua ada.. :P
-But the most interesting part, Budak-budak baru nak up. Skinnyjeans, Full Cap, Baju fit, pakai rantai, Isap rokok Winston, Beg DSLR. wakakaka... Jalan kengkang..hahahahahahaha...

Santapan Tengah hari. [maaf gambar gelap. kurang pengcahayaan]
Restoran Ghani. Tak la sebesar Hakim.



yeah! aku? Keluarkan buku, aku menulis. :D


yeah! almost 2 hour at that mamak. Ayuh ronda-rondi lagi!
Jam 3 buka pasar malam? hahaha...Pasar petang le~







4 P.M
Finally. She's here. after almost an hour at Bus stop near KTM Tanjng Malim. Yeah! Alone baybeh!


Credit to Kak Mar. Kak! tanks for Dina Zaman's book. Peneman perjalanan kali ini. Tenkiu :D



 all picture taken with :-
-Canon AT-1
-28mm f2.8
-Kodak Gold 200

Sunday, July 03, 2011

Kita Kawan, Lawan. Syaitan!

Depan kau teman,
Belakang kau rakan,
Teman kau agungkan,
Rakan kau beri kutukan.

Lumrah alam,
Depan kau kipas,
Belakang kau libas,
Kejam bukan?

Disaat riang,
Gembira,
Kau? Mestilah paling rapat,
Akrab, Cukup Erat.

Dibalik terang?
Duka?
Sugul?
Jatuh ke bawah?
Mana? Mana? MANA?
Pelukan erat hilang!
Mana kau yang digelar teman?
Kau tinggalkan aku sendirian.
Ini balasan buat seorang teman?
Persetan kau dengan nama TEMAN!

Purnama,
Walau punya 1 wajah,
Warnanya mampu berubah,
Sepertiku,
Jangan kau ingat aku seperti dulu,
Tidak lagi mudah jatuh padamu.

Tuesday, June 28, 2011

Ulang Tahun Yang Luka

Tinggalkan yang lalu,
Biarkan berlalu,
Kenang sejarah lalu,
Sebagai pengajaran paling berilmu.

Muncul kembali,
Tarikh lalu,
Seperti selalu,
Ucapan penuh di wall Facebook aku,
Terima kasih rakan-rakanku.
Panjang umurku,
Murah rezekiku,
Doakan aku.


Namun, kesibukan kerja.
Dia lupa.
Dia tidak lupa. Itu katanya.
Sedih dan sebak.
Namun aku tetap berterima kasih.
Terima Kasih untuk itu.

Maka hari ini bukan seperti sediakala,
 Hari ini Hari Ulang Tahun Yang Luka.

Monday, June 27, 2011

Api Marak

Pedih, pilu.
Derita ditindas,
Derita dipijak.
Bangkit kami kerna sikapmu.


Jangan diacu,
Jangan dituju.

Jangan kau tuang,
Jangan kau buang,
sebotol, segelen, setong, selori.
Jangan. Jangan dan Jangan.

Egypt. Tunisia. Libya.
Biarkan mereka jadikan contoh.
Biarkan nama mereka dalam sejarah dunia.
Jangan biarkan Malaysia turut sama.
Jangan jadi seperti mereka.

Monday, June 20, 2011

Ku Mohon

Malam yang redup,
Sayu,
Bulan yang cerah,
Terang.
Angin yang bertiup,
Syahdu.
Ungkapan keramat,
Aku rindu.

Rindu akan lirikan matamu, Tajam.
Rindu akan sindiranmu, Pedas.

Bertahun telah berlalu,
Kau pergi atas permintaan Dia,
Kau tinggalkan kami semua,
Disaat aku masih tidak kenal akan dunia.

Kasar telapak tanganmu,
Tanda kau berkerja keras.
Membesarkan aku dan yang lain.
Ku Mohon, diberi kekuatan.
Kuat sepertimu, menempuh pelbagai dugaan hidup dengan tabah.
Terima Kasih.



Tanggal 19-Jun, Selamat Hari Bapa buat semua,
Sayangi bapa anda selagi mereka masih ada,
Aku hanya mampu tumpang gembira.
Tanggal 20-Jun. Hari Lahir arwah Yusof Ibrahim. Arwah ayah aku. Tiada sambutan hari lahir, Tiada sambutan hari bapa seperti yang lain.