Tuesday, February 03, 2015

Belajar Kira Kira

Masa suka kita kita.
1, 2, 3....
Tak terkira, ramai.

Masa duka kita kira,
....
Belum tentu ada.


Mana hilang mereka?
Yang mengaku kawan setia?
Hilang dikala kita berduka?

Jangan diukur kawan dilaman sosial,
Dipertemukan sekadar untuk bersosial.



Thursday, January 29, 2015

Ucapan Kata Tiga

Ucapkan saja apa yang ingin dikata,
Luahkan saja yang apa yang terbuku,
Susunkan bait-bait kata,
Yang terbuku dari hati hanya buatmu.

Pedulikan apa yang mereka kata,
Ini perihal hal antara kita,bukan mereka,
Kisah suka bersarung duka,
Mungkin ini yang kau pinta.

Mungkin ini yang kau inginkan,
Menguji teguhnya kepercayaan ku,
Menguji kesabaran dalam mengenalimu,
Supaya beroleh ketenangan di alam depan.

Mungkin ini, bukan kali pertama, bukan juga kali ke-dua.
Peluang demi peluang kau hamparkan,
Namun aku, masih seperti dulu,
Mengikut telunjukmu hanya buat seketika.

Oh Tuhan,
Hanya satu permintaanku,
.
.
.

Ampunilah Dosa HambaMu.

Saturday, May 24, 2014

Cinta Dan Duit


“Cinta, Cinta, Cinta. Apa ni? Naik meluat aku membacanya. Kau tengok la ni, meh biar aku baca sikit untuk kau.”
“Senja berlabuh, menanti malam,
Menunggu bulan, berteman bintang,
Andai termampu kau kira bintang di langit,
Berkali ganda nilai cintaku padamu.”

“Cinta, kau tak rasa meluat ke dengar aku baca? Mengagungkan namamu dalam setiap bait atau kata. Hey kawan! Malam bukan sentiasa terang, bulan bintang bukan selalu kelihatan, Apa jadi kalau bulan bintang tidak kelihatan? Apakah cinta mereka putus ditengah jalan?

Cinta, dengarlah cakap rakanmu ini, apa kau fikir cinta itu boleh memberi kesenangan dalam kehidupan? Apa guna bercinta kalau hidup merana. Kais pagi makan pagi, kais malam dirompak penyamun berkolar biru. Cinta tidak menjadikan semuanya indah. Zaman sudah berubah kawan. Berubah! Ini bukan zaman Syah Jehan membina Taj Mahal. Ini zaman modenisasi. Namun masih ada manusia bodoh yang percaya akan cinta mampu mengubahnya. Terkadang aku terfikir, smartphone canggih di tangan, namun otak masih dangkal. “

“Wahai Duit, benarlah kata mereka, mempunyai duit yang banyak tidak melambangkan kebijaksanaan seseorang.” balas Cinta.

“Terlalu dangkal otakmu memikirkan soal cinta itu. Aku tidak akui, kau memang berguna dizaman modenisasi ini. Benar! Manusia menggunakanmu untuk masuk ke tandas awam, bukannya cinta. Masihkah kau ingat kisah cinta Zainuddin dan Hayati? Berakhir dengan kesedihan dek kerna cinta mereka ditolak keluarga Hayati? Dek kerna Zainudin tak berduit, Hayati dikahwinkan dengan Aziz, sedangkan cinta Hayati hanya untuk Zainudin. 2 jasad merana kerna cinta mereka dihalang. Apa guna duit banyak andai tidak jiwa tidak tenang.” tambah Cinta lagi.

“Dari pengamatan kau, apa yang dicari oleh manusia di muka bumi ini? Andai kau kata mereka mencari kesenangan dan kemewahan, maka jujur aku katakana ia sesuatu yang amat tidak tepat. Manusia yang mencari kesenangan dan kemewahan dimuka bumi ini tidak layak digelar manusia, mereka hanyalah jelmaan-jelmaan robot yang menjadi hamba kepada dunia.” ulas Cinta lagi.

“Begitu bernas kau bermadah wahai Cinta. Namun aku masih musykil, kenapa kau katakan mereka hamba kepada dunia? Jadi siapa manusia yang sebenar-benar manusia?” soal Duit terpinga-pinga.
“Cukup aku katakan yang manusia yang layak dipanggil manusia dimuka bumi ini ialah mereka yang mencari kemewahan dan kesenangan berlandaskan rasa cinta mereka kepada Sang Pencipta. Bukan mengejar kesenangan dan kemewahan semata-mata. Tiada cinta kepada Sang Pencipta, maka rosaklah muka bumi ini dijajah oleh manusia yang hidup berlandaskan nafsu duniawi.” ulas Cinta tenang dan berlalu pergi meninggalkan Duit yang terkedu mendengar ulasan Cinta.



Tuesday, March 11, 2014

Sebuah Kehilangan

Barangkali ini yang diminta,
Perpaduan.
Barangkali ini yang didoa,
Kesatuan.

Tuhan itu Maha Mengetahui,

Barangkali bukan ini yang diminta,
Penantian.
Barangkali bukan ini yang didoa,
Kehilangan.

Tuhan itu Maha Mengetahui.

Sebuah kehilangan, beroleh perpaduan.
Apa kita mahu tragedi berulang semata-mata untuk bersatu?



Tuesday, February 18, 2014

Satu Baris

Mana mampu ku tulis sajak se-baris buatmu.