Tuesday, April 05, 2016

Kita Semua Pejuang

Pesakit berjuang menentang penyakit, Rakyat tertindas berjuang menentang penindasan,
Penindas berjuang menyelamatkan kroni, Kroni berjuang menjaga periuk nasi,
Yang menang tidak semestinya di pihak yang benar, Yang kalah tidak semestinya bersalah.
Di mana rasional kita menilai sesuatu perjuangan? Adakah kita turut berjuang untuk menjadi hakim dan Tuhan?


Monday, August 24, 2015

Malaysia Pernah Merdeka

Apa erti kemerdekaan,
Andai kita masih dijajah.
Apa erti kemerdekaan,
Andai kita masih ditindas.

Apa ini yang kau impikan?
Ditindas atas nama kemerdekaan?
Apa ini yang dijanjikan?
Dibangsatkan atas nama perjuangan?

Andai ini yang digambarkan,
Bukan kemerdekaan ini yang aku impikan.
Andai ini yang kau banggakan,
Merana generasi depan.

Friday, July 24, 2015

Selamat Tinggal Kenangan.

Hari ini dan semalam,
Sejarah.
Hari ini dan semalam,
Kenangan.

Hari esok,
Akan tiba.
Hari esok,
Masih sama?

Mengapa harus dikenang,
Kisah duka semalam.
Mengapa harus diungkit,
Kisah sejarah silam.

Waktu akan terus berjalan,
Berlari kedepan.
Bergerak lah kehadapan,
Tinggalkan kenangan.

Masa itu tidak pernah mati.
Mati dari memberi kita peluang.
Untuk berjalan seiring.
Tinggalkan sejarah silam.

Apa kita mahu mati bersama kenangan?

Sunday, May 31, 2015

Bukan Atas Keterpaksaan

Mengenal...
Mencintaimu...
Menyayangimu...
Bukan atas dasa terpaksa.
Ia suatu pilihan jiwa yang boleh dipilih.
Berkata Ya mahupun Tidak.


Andai kau tolak ku kesisi,
Bukan hak ku untuk mempersoal.
Bukan hak ku untuk memaksa.
Kau menerima diriku yang naif.


Andai ini takdirku, biarkan aku menyayangimu sehingga akhir hayatku.
Kerna kasih sayangku ini bukan dicipta untuk mendapat belas darimu.

Kerna cinta antara dua jiwa bukan tercipta atas dasar keterpaksaan.

Tuesday, March 03, 2015

Degup Jantung

Dap..Dap..Dap...
Dengup jantung. Pantas
Barangkali, sudah tiba,
.
.
.
Masa yang sesuai untuk aku berhenti merokok.