Ucapkan saja apa yang ingin dikata,
Luahkan saja yang apa yang terbuku,
Susunkan bait-bait kata,
Yang terbuku dari hati hanya buatmu.
Pedulikan apa yang mereka kata,
Ini perihal hal antara kita,bukan mereka,
Kisah suka bersarung duka,
Mungkin ini yang kau pinta.
Mungkin ini yang kau inginkan,
Menguji teguhnya kepercayaan ku,
Menguji kesabaran dalam mengenalimu,
Supaya beroleh ketenangan di alam depan.
Mungkin ini, bukan kali pertama, bukan juga kali ke-dua.
Peluang demi peluang kau hamparkan,
Namun aku, masih seperti dulu,
Mengikut telunjukmu hanya buat seketika.
Oh Tuhan,
Hanya satu permintaanku,
.
.
.
Ampunilah Dosa HambaMu.
Thursday, January 29, 2015
Saturday, May 24, 2014
Cinta Dan Duit
“Cinta, Cinta, Cinta. Apa ni? Naik meluat aku membacanya. Kau
tengok la ni, meh biar aku baca sikit untuk kau.”
“Senja berlabuh, menanti malam,
Menunggu bulan, berteman bintang,
Andai termampu kau kira bintang di
langit,
Berkali ganda nilai cintaku padamu.”
“Cinta,
kau tak rasa meluat ke dengar aku baca? Mengagungkan namamu dalam setiap bait
atau kata. Hey kawan! Malam bukan sentiasa terang, bulan bintang bukan
selalu kelihatan, Apa jadi kalau bulan bintang tidak kelihatan? Apakah cinta
mereka putus ditengah jalan?
Cinta,
dengarlah cakap rakanmu ini, apa kau fikir cinta itu boleh memberi kesenangan
dalam kehidupan? Apa guna bercinta kalau hidup merana. Kais pagi makan pagi,
kais malam dirompak penyamun berkolar biru. Cinta tidak menjadikan semuanya
indah. Zaman sudah berubah kawan. Berubah! Ini bukan zaman Syah Jehan membina
Taj Mahal. Ini zaman modenisasi. Namun masih ada manusia bodoh yang percaya
akan cinta mampu mengubahnya. Terkadang aku terfikir, smartphone canggih
di tangan, namun otak masih dangkal. “
“Wahai
Duit, benarlah kata mereka, mempunyai duit yang banyak tidak melambangkan
kebijaksanaan seseorang.” balas Cinta.
“Terlalu
dangkal otakmu memikirkan soal cinta itu. Aku tidak akui, kau memang berguna
dizaman modenisasi ini. Benar! Manusia menggunakanmu untuk masuk ke tandas
awam, bukannya cinta. Masihkah kau ingat kisah cinta Zainuddin dan Hayati?
Berakhir dengan kesedihan dek kerna cinta mereka ditolak keluarga Hayati? Dek
kerna Zainudin tak berduit, Hayati dikahwinkan dengan Aziz, sedangkan cinta
Hayati hanya untuk Zainudin. 2 jasad merana kerna cinta mereka dihalang. Apa
guna duit banyak andai tidak jiwa tidak tenang.” tambah Cinta lagi.
“Dari
pengamatan kau, apa yang dicari oleh manusia di muka bumi ini? Andai kau kata
mereka mencari kesenangan dan kemewahan, maka jujur aku katakana ia sesuatu
yang amat tidak tepat. Manusia yang mencari kesenangan dan kemewahan dimuka
bumi ini tidak layak digelar manusia, mereka hanyalah jelmaan-jelmaan robot
yang menjadi hamba kepada dunia.” ulas Cinta lagi.
“Begitu
bernas kau bermadah wahai Cinta. Namun aku masih musykil, kenapa kau katakan
mereka hamba kepada dunia? Jadi siapa manusia yang sebenar-benar manusia?” soal
Duit terpinga-pinga.
“Cukup
aku katakan yang manusia yang layak dipanggil manusia dimuka bumi ini ialah
mereka yang mencari kemewahan dan kesenangan berlandaskan rasa cinta mereka
kepada Sang Pencipta. Bukan mengejar kesenangan dan kemewahan semata-mata.
Tiada cinta kepada Sang Pencipta, maka rosaklah muka bumi ini dijajah oleh
manusia yang hidup berlandaskan nafsu duniawi.” ulas Cinta tenang dan berlalu
pergi meninggalkan Duit yang terkedu mendengar ulasan Cinta.
Tuesday, March 11, 2014
Sebuah Kehilangan
Barangkali ini yang diminta,
Perpaduan.
Barangkali ini yang didoa,
Kesatuan.
Tuhan itu Maha Mengetahui,
Barangkali bukan ini yang diminta,
Penantian.
Barangkali bukan ini yang didoa,
Kehilangan.
Tuhan itu Maha Mengetahui.
Sebuah kehilangan, beroleh perpaduan.
Apa kita mahu tragedi berulang semata-mata untuk bersatu?
Perpaduan.
Barangkali ini yang didoa,
Kesatuan.
Tuhan itu Maha Mengetahui,
Barangkali bukan ini yang diminta,
Penantian.
Barangkali bukan ini yang didoa,
Kehilangan.
Tuhan itu Maha Mengetahui.
Sebuah kehilangan, beroleh perpaduan.
Apa kita mahu tragedi berulang semata-mata untuk bersatu?
Tuesday, February 18, 2014
Dare
Dare to be with you,
Foresee the bright future,
Illusion of greatest victory,
Cliché of childhood memory.
Hopeless to jobless,
rather be the less.
The sun and the moon keep changing,
Broken song kept repeating,
In this broken heart,
Wrought by the heartless.
If this tree could talk,
It will be the priest,
If the grass can clap,
They will be the audience.
Dare to be with you,
Is the biggest mistake ever.
Foresee the bright future,
Illusion of greatest victory,
Cliché of childhood memory.
Hopeless to jobless,
rather be the less.
The sun and the moon keep changing,
Broken song kept repeating,
In this broken heart,
Wrought by the heartless.
If this tree could talk,
It will be the priest,
If the grass can clap,
They will be the audience.
Dare to be with you,
Is the biggest mistake ever.
Subscribe to:
Posts (Atom)
