Thursday, February 23, 2017

Sebuah Utusan



Dia dihantar Yang Maha Esa,
Mengingatkan aku pada-Nya,
Antara teman di dunia,
Dan teman hingga ke syurga.

Andai dia muncul buat seketika,
Kau peliharalah dia buat selamanya,
Andai dia peneman ke syurga,
Kau jagalah pertaliaan kami bersama.

Friday, January 13, 2017

Tujuh



Tujuh bulan,
Berakhir dengan tujuh jam.
Tujuh jam yang suram,
Dek kerna egois sang jantan.

Tiada kata mampu di ungkap,
Tiada maaf mampu di ucap,
Selamat tinggal dalam diam,
Diam memadam memori silam.

Maaf.

Thursday, December 22, 2016

Dia Antara Dua

Hilang dan sayang.
Kawan dan teman.
Jujur dan dusta.

Sampai bila hati kecil ini mampu bertahan?

Wednesday, December 07, 2016

Hilang

Egois dua jiwa,
Menengakkan suatu cerita,
Berbeza alasan dan perihal,
Egois dua jiwa.

Egois dua jiwa,
Menolak idea bersama,
Tolakan tanpa bual bicara,
Egois dua jiwa.

Egois dua jiwa,
Melarat tanpa khabar berita,
Rajuk membawa duka,
Egois untuk mendengar alasannya.

Apakah ini titik bermula,
Perakhiran hubungan yang dijalin bersama?
Hilang rasa cinta,
Buat temannya.

Tuesday, December 06, 2016

Rasa


Andai ia benar,
Kenapa harus menipu diri,
Takut jatuh hati,
Dan takut disakiti?