Monday, January 30, 2012

Projek Harapan

Salam semua rakan, teman dan taulan.
Pernah dengar tentang kempen Hope 2 Walk? Kempen ini secara dasarnya dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini boleh rujuk laman Facebook mereka di sini.



Dan aku tergerak hati untuk membantu kempen ini tapi aku rasa bantuan aku se-orang tak mungkin dapat menjayakan kempen ini. Dengan itu, aku tergerak hati untuk mengajak kalian, para penulis blog, penulis bebas, atau sesiapa sahaja yang rasakan tergerak hati untuk membantu dapat berganding bahu membantu kempen ini.

Dan atas dasar kemanusiaan, aku bercadang untuk menghasilkan sebuah mini buku yang bertajuk 'Tentang Harapan'. Dan buku ini akan dijual kepada public. Segala keuntungan dari hasil jualan buku ini akan terus didermakan ke tabung Hope 2 Walk.

Dan aku memerlukan bantuan kalian semua dalam menghasilkan buku ini. Bantuan kalian dalam menyumbangkan sebarang hasil tulisan kalian. Sebarang jenis tulisan seperti sajak, puisi, koleksi-koleksi cerita pendek, cerita tak berapa nak pendek, fiksyen, non-fiksyen dan sebagainya. TETAPI berdasarkan sebuah tema iaitu HARAPAN. Dan yang paling penting tulisan anda semua haruslah bebas dari sebarang unsur-unsur pornografi kerna buku ini akan dijual kepada public. InsyaAllah.

Sesiapa yang berminat dalam menyumbangkan tulisan anda semua boleh terus hantar tulisan kalian ke sukaberbelanja[at]gmail.com. Aku akan kumpul semua hasil karya kalian pertengahan bulan 2. Jangan risau, aku akan credit-kan hasil tulisan kalian. Sebarang pertanyaan berkaitan PROJEK HARAPAN ini boleh terus email aku.

Dan mohon anda semua sebarkan kepada penulis-penulis blog atau bebas agar kempen ini dapat dijayakan.
Terima Kasih.

-DK-


p/s - adik Annisa telah kembali ke rahmatullah pada 22 Disember 2011. Dan kita masih memerlukan dana untuk membantu adik An-Nur untuk menjalani rawatan. 

Wednesday, January 18, 2012

Catatan #4

Terlena

Mana hilang mentari merah,
Yang ku lihat bayang hitam,
Mana pergi cahaya terang bulan,
Yang tinggal hanya awan hitam.

Teman dikala jaga, ramai,
Diangkat, dipuja, di'dewa',
Terbang tinggi mendongak langit,
Ingin kuterbang tinggi, tinggi, tinggi lagi,
Langit ke-tujuh barangkali.

Sinaran lampu neon masih terang,
Tiada tanda akan padam, Y-A-K-I-N
Langit ke-tujuh semakin hampir,
Semut api, semut merah, persetan mereka dengan kehidupan mereka.

Disaat hampir ke puncak,
Semua nya hilang, GELAP,
Tiada lagi langit ke-tujuh,
Tiada lagi semut merah dan semut api,
Gergasi merah dan gergasi api,
Evolusi Darwin barangkali.

Mana?
Siapa?

Sa-urang hamba jatuh terperosok kedalam,
Tujuh kaki kedalam,
Yang tinggal hanya sepasang persalinan putih.

Sadarkah kamu?
Seorang bukan?
Siapa bakal membantuku?

Ya Tuhan, aku mengaku salahku,
Ampuni aku, bangkitkan untuk menebus segala-galanya.
Permohonan ikhlas berselang air mata darah takkan mampu mengubah segala-galanya.




P/S - inspired by Seperti SyurgaMu - Pop Shuvit feat Manbai.

Thursday, January 12, 2012

Catatan #3

Sisi hitam, bukan ukuran atau sandaran jelas.
Sisi hitam, bukan untuk dibahas.
Sisi hitam, untuk diturunkan,
bukan sebagai contoh, sekadar pengajaran.