Saturday, May 11, 2019

Sebuah cinta dan secangkir kopi

Keduanya punya rasa,
Seakan sama,
Namun punya beza.
Bergantung si pembikinnya.

Kopi,
Pahit tradisinya,
Ditambah susu dan gula,
Menyulam rasa manis dibalik duka.

Cinta,
Pelbagai rasa, bercampur duka,
Ada manis, ada pahitnya,
Diadun dua jiwa berbeza.

Kerna secangkir kopi yang pahit,
Aku menemui jiwa,
Yang luka dan lara,
Dek pembikin cinta.

Kerna sepahit cinta,
Aku mengenal jiwa,
Yang berperang mencari rasa,
Rasa yang hilang dek pembikin dusta.

Gelap malam bersulam duka,
Aku melihat cinta,
Dalam mencari semanis rasa,
Gagal seadanya.

Dibalik duka,
Ku lukis senyuman,
Buat sejagat,
Agar terus berjalan,
Tersenyum gembira.



31/03/19

No comments: