Monday, September 19, 2011

Bulan Terang Bulat

Sebatang Winston dicucuh. Disedut sedalam-dalam yang mungkin. Ku dongak melangit. Bulan itu, senantiasa bulat dan bersinar terang. 50 tahun telah berlalu, hidup ku masih seperti dulu. Ditemani bunyi-bunyian alam. Mendayu syahdu.

Disaat lembaran kain koyak itu berkibaran. Mataku berkaca. Jernihan kaca turun membasahi pipiku yang berkedut ini. Bulan terang membulat menjadi saksi. Sang rembulan hanya mampu melihat dari atas sana. Sedih dan sebak. Perjuangan mereka kembali dipersoal. Siapa mereka?. Dan 54 tahun berlalu, erti kemerdekaan itu hanyalah sebutan semata-mata dan bukannya ditanam pada jiwa. 83 Bulan terang bulat menjadi saksi kekesalan diri ini disaat Jalur Gemilang carik berkibaran ditiup angin, rapuh.



Sekian lama aku tinggalkan laman ini. Bukan berhenti, cuma sedikit busy. Banyak tulisan-tulisan kosongku sudah hilang. hilang pabila harddisk ku rosak. aduh!



Tulisan kali ini sedikit terbatas dan tiada motif. Dek kerna limitasi 100 patah perkataan. hehehe. Tajuk - Bulan Terang Bulat. Seorang sahabat aku, Neesa  juga ada tulis sesuatu bertajuk Bulan Terang Bulat.  tajuk ini aku yang bagi. hahaha..Selamat memahami sesuati yang kosong.

1 comment:

ANISA said...

terbaik...pandai nyer buat...