Monday, January 30, 2012

Projek Harapan

Salam semua rakan, teman dan taulan.
Pernah dengar tentang kempen Hope 2 Walk? Kempen ini secara dasarnya dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini boleh rujuk laman Facebook mereka di sini.



Dan aku tergerak hati untuk membantu kempen ini tapi aku rasa bantuan aku se-orang tak mungkin dapat menjayakan kempen ini. Dengan itu, aku tergerak hati untuk mengajak kalian, para penulis blog, penulis bebas, atau sesiapa sahaja yang rasakan tergerak hati untuk membantu dapat berganding bahu membantu kempen ini.

Dan atas dasar kemanusiaan, aku bercadang untuk menghasilkan sebuah mini buku yang bertajuk 'Tentang Harapan'. Dan buku ini akan dijual kepada public. Segala keuntungan dari hasil jualan buku ini akan terus didermakan ke tabung Hope 2 Walk.

Dan aku memerlukan bantuan kalian semua dalam menghasilkan buku ini. Bantuan kalian dalam menyumbangkan sebarang hasil tulisan kalian. Sebarang jenis tulisan seperti sajak, puisi, koleksi-koleksi cerita pendek, cerita tak berapa nak pendek, fiksyen, non-fiksyen dan sebagainya. TETAPI berdasarkan sebuah tema iaitu HARAPAN. Dan yang paling penting tulisan anda semua haruslah bebas dari sebarang unsur-unsur pornografi kerna buku ini akan dijual kepada public. InsyaAllah.

Sesiapa yang berminat dalam menyumbangkan tulisan anda semua boleh terus hantar tulisan kalian ke sukaberbelanja[at]gmail.com. Aku akan kumpul semua hasil karya kalian pertengahan bulan 2. Jangan risau, aku akan credit-kan hasil tulisan kalian. Sebarang pertanyaan berkaitan PROJEK HARAPAN ini boleh terus email aku.

Dan mohon anda semua sebarkan kepada penulis-penulis blog atau bebas agar kempen ini dapat dijayakan.
Terima Kasih.

-DK-


p/s - adik Annisa telah kembali ke rahmatullah pada 22 Disember 2011. Dan kita masih memerlukan dana untuk membantu adik An-Nur untuk menjalani rawatan. 

8 comments:

Anisa Anuar said...

suka usaha murni ni... teruskan niat murni ni...

Anisa Anuar said...

dah promote event ni...

http://anisa-mylife.blogspot.com/2012/02/promote-projek-harapan.html

Zehan Ilyana said...

saya akan cuba berusaha untuk sumbangkan puisi atau sajak atau cerpen..
tak janji..tapi akan cuba sebaik mungkin..
insyaAllah..:)

Dakulala said...

terima kasih buat Miss M. tak memaksa. janji tulisan anda itu ikhlas. mohon sebarkan buat semua rerakan blogger ya. thanks :D

anak ayah said...

sokong dgn usaha murni kamu :))

insyaallah, ada kelapangan nnt me wat satu yerk..^^

rozeeta rashid said...

rasa macam nak join. insyaallah ada masa saya buat puisi. =)

Anonymous said...

tunggu cerpen dri aq ptg nanti..insya-Allah..

Dakulala said...

terima kasih semua. mohon dikhabarkan buat semua yang lain. moga2 lebih ramaai yang akan memberi hasil2 mereka. thanks guys!