Saturday, September 22, 2012

Negaraku Sudah Merdeka





Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan keramat yang seringkali aku dengar saban tahun. Ogos menjelma, sepanduk, banner,iklan billboard, dinaikkan demi menghangatkan lagi suasana. Berlegar-legar dalam kepala, soalan killer andai ada wartawan tanya, ”apa erti Kemerdekaan buat saudara”
Kemerdekaan? Urrmmm. Sebatang Marlboro soft pack  dicucuh demi menghangatkan lagi percambahan idea di waktu malam yang hening ini.

Merdeka? Bebas barangkali. SALAH! Masakan negara ini sudah bebas, andai aku salah update status facebook pun boleh masuk lokap.
Yang aku ingat, laungan merdeka pernah dilaungkan selepas peperiksaan SPM aku tamat beberapa tahun lepas. Mungkin kemerdekaan itu bebas dari sebarang  aturan kehidupan yang sudah ditetapkan. Come on! Aku bukan robot yang bagus untuk berbakti kepada semua.
Ditepi tembok itu aku duduk seorang diri, sekotak rokok, setin Coca-Cola. Merdeka, merdeka. Berat sekali untuk dicerna. Apakah itu Merdeka? Masih lincah dan aktif bermain dalam fikiran.
Sepanjang tembok di Waterfront ini dipenuhi budak-budak sekolah dengan basikal fixie warna warni. Baju AX, seluar skinny, rambut pacak, tindik sana tindik sini.Berpelukan dengan pasangan masing-masing. Sunat pun belum kering. Nice! Mereka sudah merdeka, mendapat lesen melakukan maksiat dari parents dorang. Rosak mood aku nak lepak tenang-tenang fikirkan soalan mudah tak tahap sekolah tadika. Muka pecah rumah satu hal, pakaian kalau tak dedah tetek tak sah. Kalau besar takpe jugak, nasi lemak 50 sen lagi besar bro.(ada lagi ke orang jual nasi lemak 50 sen?)

Dari Waterfront, aku terus menapak, mencari kedai untuk duduk lepak. Bosan. Barangkali terlalu awal aku keluar malam ini.
“this is the new headlines for tonight,two policemen discharge from bribery…” Jam 12 sudah muncul.
“Argghh! Berita sama tiap-tiap hari. Tak de berita menarik sikit ke? Kfc bakal memberi makanan percuma tiap-tiap hari Jumaat, Baskin Robbins 1 Mangkuk seorang. Dapat headlines macam nie kan best.  Sikit-sikit korupsi, sikit-sikit korupsi, nak kasi menarik sikit keluar berita video seks. Berita 1 jam, setengah jam cerita pasal politik. Pak lebai berkopiah pum pam pum pam perjuangkan agama, membebel membabi buta salahkan pihak lawannya.Pihak lawan pula masih lagi menggunakan taktik lama, mengungkit dengan apa yang pernah mereka beri, janji ditepati, kini masa balas budi. ” Barangkali tiada siapa disekeliling menyedari reaksi aku yang sedikit bosan menonton berita yang masih belum pasti kesahihannya. Mereka tersenyum lebar mendengar PM akan memberi sumbangan wang saguhati tambahan kepada anak-anak desa.

Nekad, makin lama aku dikedai, makin bosan aku dibuatnya. Milo ais disedut laju, RM2 ditinggalkan diatas meja. Dengan macho dan coolnya aku berlalu pergi. Selang beberapa saat,
“Dik!, adik yang baju hijau!,” jeritan serak-serak basah aku dengar.
Terpinga-pinga sebentar, siapakah yang memanggil, dan siapa pula yang dipanggil. Masih dengan gaya coolnya, aku mencari dari mana datangnya suara warga emas itu.
“Dik!, milo ais RM3 secawan, lagi RM1 tak cukup,” tambah suara perempuan misteri itu tadi.
Baru aku sedar yang suara itu datang dari tuan empunya kedai tadi, meminta tambahan RM1 dari aku bagi bayaran air Milo ais yang tak layak untuk digelar Milo ais, hambar, tawar.  Malaysiaku sudah benar-benar berubah. Kos sara diri juga semakin meningkat. Adakah ini kesan dari kemerdekaan yang hampir 60 tahun dikecapi?

Berlalu pergi dengan otak masih ligat dengan persoalan yang masih tak punya jawapan. Erti kemerdekaan. Mudah dibaca, sukar difahami.
Kapcai cabuk dihidupkan enjin dengan payahnya. Makanya, berlalu lah aku pergi dari sekalian tempat yang biasa aku lepak dengan rasa hambarnya malam-malam sambutan kemerdekaan. Angin malam seakan-akan turut bersamaku merasakan kehambaran sambutan itu, sayu dan mendayu-dayu. Seakan-akan tiada hala tuju yang pasti, speed kasi maintain 40km/j. Layan angin malam.
Tanpa sedar, motor sudah sampai di parkir rumah. Tiada tempat untuk berfoya-foya barangkali di sekitar Kuala Terengganu.  Remote tv dicapai, beratus-ratus channel ditukar tanpa segan silu. Tiada yang menarik perhatian untuk ditonton di malam hari.
Diambang kemerdekaan, cerita Hindustan ditayangkan. Apakah?
Diambang kemerdekaan, hiburan melalaikan diperdengarkan. Apakah?

Benar! Makin lama kita tinggalkan detik-detik laungan kemerdekaan dilaungkan, makin kita dijajah. Fizikalnya kita aman damai tiada penjajahan.  Namun, kita, aku, kau dan sekalian, masih dijajah. Penjajahan minda yang unik, amat sukar di rungkaikan dengan kata-kata.
Mana bukti kita benar-benar Merdeka dari sebarang penjajah? Adakah terletak pada tugu negara?
Aku? Masih lagi diam andai soalan cepumas ditanya, Apa itu kemerdekaan?. Diam.  Diam maknanya aku tak tahu. BODOH! Andai ada jawapan sekalipun, bagiku hanya satu kupasan yang dicatit dalam mana-mana buku atau picisan. Secara realitinya, kita semua masih dibawah penjajah yang belum pasti akan ketibaan merdekanya. Bilakah sebuah komuniti itu bebas dari Penjajah Minda?






Milik Semua

Kuasa ditangan kita, mereka, semua,
Dengan kuasa, bangkitlah kita, mereka, semua,
Demi kuasa, berkelahilah kita, mereka, semua,
Lenalah kita, mereka, semua, diulit kuasa.

Lena.
Lena.
Lena.

Berkelahilah!

Ayuh semua!
Jahanamkan ketamadunan manusia dengan kuasa!
Ayuh!
Ayuh!

Kita tindas mereka yang tak punya kuasa!
Kita abaikan mereka dengan kuasa!
Kuasa ditangan kita!

Sesungguhnya kita manusia bodoh yang diberi kuasa!



originally written at Surau CCR GPP 3, 14/09/2012