Merdeka!
Merdeka! Merdeka!
Laungan
keramat yang seringkali aku dengar saban tahun. Ogos menjelma, sepanduk, banner,iklan
billboard, dinaikkan demi menghangatkan lagi suasana. Berlegar-legar
dalam kepala, soalan killer andai ada wartawan tanya, ”apa erti
Kemerdekaan buat saudara”
Kemerdekaan?
Urrmmm. Sebatang Marlboro soft pack dicucuh demi menghangatkan lagi percambahan
idea di waktu malam yang hening ini.
Merdeka?
Bebas barangkali. SALAH! Masakan negara ini sudah bebas, andai aku salah update
status facebook pun boleh masuk lokap.
Yang aku
ingat, laungan merdeka pernah dilaungkan selepas peperiksaan SPM aku tamat
beberapa tahun lepas. Mungkin kemerdekaan itu bebas dari sebarang aturan kehidupan yang sudah ditetapkan. Come
on! Aku bukan robot yang bagus untuk berbakti kepada semua.
Ditepi
tembok itu aku duduk seorang diri, sekotak rokok, setin Coca-Cola.
Merdeka, merdeka. Berat sekali untuk dicerna. Apakah itu Merdeka? Masih lincah
dan aktif bermain dalam fikiran.
Sepanjang
tembok di Waterfront ini dipenuhi budak-budak sekolah dengan basikal fixie
warna warni. Baju AX, seluar skinny, rambut pacak, tindik sana tindik
sini.Berpelukan dengan pasangan masing-masing. Sunat pun belum kering. Nice!
Mereka sudah merdeka, mendapat lesen melakukan maksiat dari parents
dorang. Rosak mood aku nak lepak tenang-tenang fikirkan soalan mudah tak tahap
sekolah tadika. Muka pecah rumah satu hal, pakaian kalau tak dedah tetek
tak sah. Kalau besar takpe jugak, nasi lemak 50 sen lagi besar bro.(ada
lagi ke orang jual nasi lemak 50 sen?)
Dari
Waterfront, aku terus menapak, mencari kedai untuk duduk lepak. Bosan. Barangkali
terlalu awal aku keluar malam ini.
“this is
the new headlines for tonight,two policemen discharge from bribery…” Jam 12
sudah muncul.
“Argghh! Berita sama tiap-tiap hari. Tak
de berita menarik sikit ke? Kfc bakal memberi makanan percuma tiap-tiap
hari Jumaat, Baskin Robbins 1 Mangkuk seorang. Dapat headlines macam nie kan
best. Sikit-sikit korupsi, sikit-sikit
korupsi, nak kasi menarik sikit keluar berita video seks. Berita 1 jam,
setengah jam cerita pasal politik. Pak lebai berkopiah pum pam pum pam
perjuangkan agama, membebel membabi buta salahkan pihak lawannya.Pihak lawan
pula masih lagi menggunakan taktik lama, mengungkit dengan apa yang pernah
mereka beri, janji ditepati, kini masa balas budi. ” Barangkali tiada
siapa disekeliling menyedari reaksi aku yang sedikit bosan menonton berita yang
masih belum pasti kesahihannya. Mereka tersenyum lebar mendengar PM akan
memberi sumbangan wang saguhati tambahan kepada anak-anak desa.
Nekad,
makin lama aku dikedai, makin bosan aku dibuatnya. Milo ais disedut laju, RM2
ditinggalkan diatas meja. Dengan macho dan coolnya aku berlalu pergi.
Selang beberapa saat,
“Dik!, adik
yang baju hijau!,” jeritan serak-serak basah aku dengar.
Terpinga-pinga
sebentar, siapakah yang memanggil, dan siapa pula yang dipanggil. Masih dengan
gaya coolnya, aku mencari dari mana datangnya suara warga emas itu.
“Dik!, milo
ais RM3 secawan, lagi RM1 tak cukup,” tambah suara perempuan misteri itu tadi.
Baru aku
sedar yang suara itu datang dari tuan empunya kedai tadi, meminta tambahan RM1
dari aku bagi bayaran air Milo ais yang tak layak untuk digelar Milo ais,
hambar, tawar. Malaysiaku sudah
benar-benar berubah. Kos sara diri juga semakin meningkat. Adakah ini kesan
dari kemerdekaan yang hampir 60 tahun dikecapi?
Berlalu
pergi dengan otak masih ligat dengan persoalan yang masih tak punya jawapan.
Erti kemerdekaan. Mudah dibaca, sukar difahami.
Kapcai
cabuk dihidupkan enjin dengan payahnya. Makanya, berlalu lah aku pergi dari
sekalian tempat yang biasa aku lepak dengan rasa hambarnya malam-malam sambutan
kemerdekaan. Angin malam seakan-akan turut bersamaku merasakan kehambaran
sambutan itu, sayu dan mendayu-dayu. Seakan-akan tiada hala tuju yang pasti, speed
kasi maintain 40km/j. Layan angin malam.
Tanpa
sedar, motor sudah sampai di parkir rumah. Tiada tempat untuk berfoya-foya
barangkali di sekitar Kuala Terengganu. Remote
tv dicapai, beratus-ratus channel ditukar tanpa segan silu. Tiada yang menarik
perhatian untuk ditonton di malam hari.
Diambang kemerdekaan, cerita Hindustan
ditayangkan. Apakah?
Diambang kemerdekaan, hiburan melalaikan
diperdengarkan. Apakah?
Benar!
Makin lama kita tinggalkan detik-detik laungan kemerdekaan dilaungkan, makin
kita dijajah. Fizikalnya kita aman damai tiada penjajahan. Namun, kita, aku, kau dan sekalian, masih
dijajah. Penjajahan minda yang unik, amat sukar di rungkaikan dengan kata-kata.
Mana bukti
kita benar-benar Merdeka dari sebarang penjajah? Adakah terletak pada tugu
negara?
Aku? Masih
lagi diam andai soalan cepumas ditanya, Apa itu kemerdekaan?. Diam. Diam maknanya aku tak tahu. BODOH! Andai ada
jawapan sekalipun, bagiku hanya satu kupasan yang dicatit dalam mana-mana buku
atau picisan. Secara realitinya, kita semua masih dibawah penjajah yang belum
pasti akan ketibaan merdekanya. Bilakah sebuah komuniti itu bebas dari Penjajah
Minda?
No comments:
Post a Comment