Tuesday, May 17, 2016

Tentang Dia

Katak berdengkang,
Guruh berdentum,
Pesanan peringatan.

Andai tiada kepastian mengapa harapan diberi?

Sunday, May 15, 2016

Dekonstruksi Masa Depan

Dibalik daun pintu, 
Dalam gelap berteleku,
Kusut dan buntu,
Siapa kita di esok waktu.

Dekonstruksi masa depan,
Berbeza pendapat dan pemahaman,
Apa kita memilih untuk bersama,
Menjadi hamba kepada kerjaya.

Dalam sendiri itu ada persoalan,
Apa benar pilihanku ini?


Tuesday, April 05, 2016

Kita Semua Pejuang

Pesakit berjuang menentang penyakit, Rakyat tertindas berjuang menentang penindasan,
Penindas berjuang menyelamatkan kroni, Kroni berjuang menjaga periuk nasi,
Yang menang tidak semestinya di pihak yang benar, Yang kalah tidak semestinya bersalah.
Di mana rasional kita menilai sesuatu perjuangan? Adakah kita turut berjuang untuk menjadi hakim dan Tuhan?


Monday, August 24, 2015

Malaysia Pernah Merdeka

Apa erti kemerdekaan,
Andai kita masih dijajah.
Apa erti kemerdekaan,
Andai kita masih ditindas.

Apa ini yang kau impikan?
Ditindas atas nama kemerdekaan?
Apa ini yang dijanjikan?
Dibangsatkan atas nama perjuangan?

Andai ini yang digambarkan,
Bukan kemerdekaan ini yang aku impikan.
Andai ini yang kau banggakan,
Merana generasi depan.

Friday, July 24, 2015

Selamat Tinggal Kenangan.

Hari ini dan semalam,
Sejarah.
Hari ini dan semalam,
Kenangan.

Hari esok,
Akan tiba.
Hari esok,
Masih sama?

Mengapa harus dikenang,
Kisah duka semalam.
Mengapa harus diungkit,
Kisah sejarah silam.

Waktu akan terus berjalan,
Berlari kedepan.
Bergerak lah kehadapan,
Tinggalkan kenangan.

Masa itu tidak pernah mati.
Mati dari memberi kita peluang.
Untuk berjalan seiring.
Tinggalkan sejarah silam.

Apa kita mahu mati bersama kenangan?