Tuesday, June 28, 2011

Ulang Tahun Yang Luka

Tinggalkan yang lalu,
Biarkan berlalu,
Kenang sejarah lalu,
Sebagai pengajaran paling berilmu.

Muncul kembali,
Tarikh lalu,
Seperti selalu,
Ucapan penuh di wall Facebook aku,
Terima kasih rakan-rakanku.
Panjang umurku,
Murah rezekiku,
Doakan aku.


Namun, kesibukan kerja.
Dia lupa.
Dia tidak lupa. Itu katanya.
Sedih dan sebak.
Namun aku tetap berterima kasih.
Terima Kasih untuk itu.

Maka hari ini bukan seperti sediakala,
 Hari ini Hari Ulang Tahun Yang Luka.

Monday, June 27, 2011

Api Marak

Pedih, pilu.
Derita ditindas,
Derita dipijak.
Bangkit kami kerna sikapmu.


Jangan diacu,
Jangan dituju.

Jangan kau tuang,
Jangan kau buang,
sebotol, segelen, setong, selori.
Jangan. Jangan dan Jangan.

Egypt. Tunisia. Libya.
Biarkan mereka jadikan contoh.
Biarkan nama mereka dalam sejarah dunia.
Jangan biarkan Malaysia turut sama.
Jangan jadi seperti mereka.

Monday, June 20, 2011

Ku Mohon

Malam yang redup,
Sayu,
Bulan yang cerah,
Terang.
Angin yang bertiup,
Syahdu.
Ungkapan keramat,
Aku rindu.

Rindu akan lirikan matamu, Tajam.
Rindu akan sindiranmu, Pedas.

Bertahun telah berlalu,
Kau pergi atas permintaan Dia,
Kau tinggalkan kami semua,
Disaat aku masih tidak kenal akan dunia.

Kasar telapak tanganmu,
Tanda kau berkerja keras.
Membesarkan aku dan yang lain.
Ku Mohon, diberi kekuatan.
Kuat sepertimu, menempuh pelbagai dugaan hidup dengan tabah.
Terima Kasih.



Tanggal 19-Jun, Selamat Hari Bapa buat semua,
Sayangi bapa anda selagi mereka masih ada,
Aku hanya mampu tumpang gembira.
Tanggal 20-Jun. Hari Lahir arwah Yusof Ibrahim. Arwah ayah aku. Tiada sambutan hari lahir, Tiada sambutan hari bapa seperti yang lain.

Sunday, June 19, 2011

Gagal

Loser. Ya. Kau? Tidak. Aku.
Ya, aku seorang yang sedikit loser.
Kenapa?
Aku tak sekental kakak-kakak aku,
Aku tak sepandai adik aku,
Aku tak sekuat abang aku.
Kerna aku, bukan mereka.
Ini aku.

Ya Tuhan, Aku bersyukur ke hadratMu,
Mempertemukan aku, dengan dia,
Dia memberi aku semangat,
Dan dia adalah kawan yang baik.
Terima Kasih.

Friday, June 17, 2011

Ini Bukan Sarang Kamu


Merana, mati dan terus reput,
Reput dimakan anai-anai,
Anai-anai hebat dalam kerangka,
Menari-nari melonjak gembira.
Terjun ke dalam Medulla Oblongata,
Tersumbat dan terus tersekat.

Efek sampingan,
kekal dan akan terus berkekalan,
sehingga di beri kekuatan untuk diri ini bangkit,
BANGKIT menghalau segala anai-anai kecil,
Buang dari kerangka,
Agar berfungsi seperti sediakala,
Menyimpan maklumat berguna.

Tuesday, June 14, 2011

Awan Jahat

altitud yang sama, atmosferanya berbeda,
putih, telus.
seakan-akan awan terbang rendah,
ada yang menghirup ibarat menghirup oksigen,
segar dari pohon ceri yang rendang,
ada yang menutup mulut ibarat gas ammonia bersesaran,
silap. kusangka awan segar.
karbon monoksida rupanya.

aduh! tiada  adab,
sungguh biadap,
udara segar bertukar,
gas toksik dihela,
tiada etika,
pelajarannya sungguh sia-sia.



Keluh resah gelisah,
Mood semangat hilang tiba-tiba,
Melihat gelagat mereka, punya tak punya idea tentang yang lain,
Egonya cukup tinggi.
Setinggi Cenderawasih di langit,
Terima kasih Sang Penyu.
Kemenanganmu pengubat hati ku,
Mengubat dari perangai penyokong-penyokongmu,
Tak punya adab di khalayak ramai.

Saturday, June 11, 2011

Kerja Dunia

Hidup.Mati
Ikan menyanyi,
Kucing menari,
Jangan tanya,
Itu kuasa Dia.

Siapa kita?
Persoal itu semua,
Si gadis hodoh, gelak terbahak-bahak,
Si kacak terencat, hina sebaik mungkin,
Siapa kita?
Begitu berani memperlekeh ciptaan-Nya.

Awan hitam berlalu pergi,
Muncul mentari di balik pelangi,
Mengeluh sana sini,
Itu urusan resmi,
Jangan ditanya mengapa Dia buat itu ini,
Yang harus ditakuti,
Adakah amalan kita menepati apa yang Dia kehendaki.

Thursday, June 09, 2011

Janji Itu Biasa


Berdiri aku sendiri,
Khalayak ramai namun sepi.
Riak wajah nampak happy
Terpacak aku seorang diri

Rotasi jam berpuluh kali
Gear kejang dan terus mati
Namun aku masih disini
Menanti sang bidadari muncul seperti yang dijanji

Janji tinggal janji,
Bidadari yang dinanti tiada disisi,
Yang dinanti hanyalah imaginasi,
Imaginasi aku yang sepi seorang diri,
Di tepi perigi, dihujung jalan mati.


Wednesday, June 08, 2011

Penjara Kabur

Nama aku Daim,
Bukan, Aku bukan gula-gula dalam bungkusan merah itu,
Hero drama itu juga bukan aku.
Bukan ku pinta untuk diberi nama ini.

Meronta-ronta,
Aku dikunci mati.
Mengapa aku di sini?
Gelap, Sendiri.

Terkurung dalam penjara,
Jasad diberi nama,
Meronta-ronta, merayu pada Yang Maha Esa,
Agar dilepas dari bebanan penjara minda.

Gelas Kaca

Duhai si cantik,
Kau hadiah bermakna buat kami,
Hadiah berharga buat kami,
RM50? RM100? Rm10k? RM20K? RM30K?
Itu harga pasaran.
Terpulang pada kau,
Kau punya hak menilai diri.

Duhai si cantik,
Kau anugerah Tuhan kami,
Pelengkap diri kami,
Tak mampu kusentuh sesuka hati.
Tinggalkan cap jari,
Tika kau masih suci.

Duhai si cantik,
mengapa begitu murah kau jual dirimu?
RM50? RM100? Sekali guna.
Mana pergi harga diri kau?
Mana pergi keagungan kau?

Dimana penggoncang dunia seperti Sumayyah?
Dimana dapat ku temu seperti Siti Khadijah?
Bagaimana kau mampu jadi seperti mereka,
Tika maruah kau jual murah.

Jangan dibiar terdedah,
Itu bukan sedekah,
Kau bakal nyalakan api nafsu serakah,
Kelak kau yang terima padah.





Sunday, June 05, 2011

Roti Dan Milo Ais.

Anjing menyalak, melalak. Kucing itu tunduk malu. Diam membisu. Dihina oleh penghina sehina-hina yang mungkin. Berbulu tapi tidak sebulu. Itu mereka.Anjing dan sekutu-sekutu nya.Kucing tiada teman. Kini kucing sedar, roda hamster tidak senantiasa diatas.
Perasaan malu sang tikus dihina kucing mula merebak di dalam jiwa kucing itu sendiri. Gara-gara kumpulan anjing itu.

Suasana sunyi. Sepi. Terkedek-kedek berjalan seekor kucing mengendong sekeping roti.Tiba di satu tempat yang gelap.Kecil. Sempit. Seekor anjing, punya dog tag tertulis Feist berjalan seorang diri. Namanya barangkali.Menyalak-nyalak ke arah kucing berbulu hitam kelabu ini. Salakan ini tidak seperti  tadi. Seakan-akan memohon bantuan. Dan sang kucing merasa pelik. Ke mana gerombolan lain yang menyalak, melalak menghina tadi? Kucing menghampiri. Dan anjing itu jelas meminta bantuan. Memohon sedikit roti untuk mengalas perut.

Pada ketika kucing mendengar anjing meminta roti yang berada dalam kendongannya, kucing merasakan diri  masih diperlukan. Dan ini benar. Kucing mula rasakan dirinya masih lagi dihargai. Dan datang ke arah kucing satu lembaga merah tidak berkaki, terbang meluru kearahnya. Dan lembaga tadi turun dan meperkenalkan diri sebagai Tempter makhluk Tuhan yang datang untuk menjahanamkan makhluk-makhluk tuhan yang lain. Tempter menghasut kucing untuk tidak menghiraukan anjing yang lapar itu. Ayat-ayat manis dikeluarkan Tempter seperti ingin mengajak kucing menjadi downline dalam perniagaan MLM. Kucing hampir tergoda. Membalas dendam atas penghinaan yang dilontarkan kepadanya.

Anjing sedih.Dan masih merayu. Perut sang anjing berkeroncong seperti sebuah persembahan orkestra agung yang diketuai oleh Dato' Ramli MS. Tempter masih berbisik-bisik. Kucing makin ego. Anjing merayu sayu.
Dan kucing mengalah. Belas kasihan masih wujub dalam hati kecilnya. Ditinggalkan ego yang tinggi melangit ditepi tong sampah MBSA yang tidak terurus itu. Dek kerna sekeping roti dan anjing lapar. Roti Gardenia butterscotch dipotong dua. 1 untuk anjing. Dan 1 untuk kucing.

Lembaga merah itu berang! Memaki hamun kucing. Bodoh katanya. Perbuatan membantu orang yang menjatuhkan kita itu satu perkara yang sia-sia. Dan kucing itu tidak menghiraukan cacian dari lembaga merah itu. Berjalan terkedek-kedek tinggalkan lembaga merah, dan anjing yang baru pertama kali mendapat Gardenia butterscotch. Karma. Aku percaya pada itu. Bisik hati kecil kucing.

Berjalan tanpa arah tuju. Jalan dan terus berjalan. Tanpa arah dan tujuan yang satu. Masih gembira dapat berkongsi roti. Senyum lebar hingga ke pipi.

"Kucing kurap tak ada bulu!" Tersentak tiba-tiba.
Bunyi salakan segerombolan anjing.2 ekor Rottweiler, 3 ekor Pitbull seekor Chihuahua dan, anjing yang berkongsi roti itu, Feist.

Moral kucing itu kembali down. Kembali dihina. Dan mereka masih terus menghina. Silih berganti kutukan dan cacian. Disilih ganti dengan menghirup milo ais. Sungguh besar dugaan makhluk Tuhan yang gondol bulunya ini. Dihina, diduga dengan milo ais di kala mentari tegak di atas kepala. Ini gila. Riak wajah kucing sangat-sangat memohon agar dia mendapat air milo itu. Sedap.Namun, sang kucing ini takut. Kucing berpatah balik. Lari dari dugaan dan cacian itu. Meninggalkan anjing-anjing itu. Dan lembaga merah itu muncul kembali. Terbang rendah. Gelak guling-guling.

"Kau bodoh! Tengok bagaimana anjing itu hina kau kembali"
Berguling-guling di awangan lembaga merah itu. Mengapi-apikan keadaan. Sedih dan sayu. Berjejeran air mata kucing. Jauh kucing meninggalkan anjing dengan hilai tawa dibelakang sana. Dan tasik sepi itu sekali lagi menjadi tempat di mana kucing itu meratapi nasib. Menjadi kucing hitam kelabu, berbulu gondol seakan-akan hutan tebal di Sarawak yang gondol atas nafsu tamak manusia itu sendiri. Tekak kering. Mengenang milo ais dalam genggaman para penghina jalanan yang perasan mereka cukup bagus. Tempter masih bersama kucing. Kononnya meratapi nasib kucing. Punya hidden agenda sendiri. Menghasut. Manjahanamkan makhluk Tuhan.

Karma. Kucing masih percaya akan hukum ini. Walau dihasut dan diapi Tempter, kucing percaya akan kekuasaan Pencipta Yang Maha Esa. Dengan tidak semena-mena, muncul di balik semak itu. Binatang 4 kaki. Rupa sedikit ganas. Menggendong plastik berisi air. Dan itu Milo ais! Feist menggendong milo ais ke arah Kucing. Ditinggalkan plastik air itu di tepi kucing dan berlalu pergi dengan angkuhnya. Tanpa sebarang kata. Hilang dalam semak. Terkesima kucing itu. Kaget dek perbuatan anjing yang pelik itu.Air mata terus berhenti mengalir. Turut kaget disisi kucing ialah lembaga merah itu. Menggosok mata buat sekian kali. Dianggap mimpi di siang hari. Namun ini realiti.
Diangkat plastik air untuk diminum. Dan di saat ini, air mata kucing kembali mengalir. Sedikit titisan telah masuk ke dalam plastik air. Terharu dengan nota kuning yang ditampal diplastik air tadi.
Terima kasih untuk roti. :)
 Dan karma yang dipercayai kucing itu benar.



Saturday, June 04, 2011

Bicara Naif

Bicara tentang kejujuran.
Aku yang tidak jujur berbual mengenai kejujuran?
Sungguh tidak jujur aku dalam bualan kosong itu.

Jangan sampai kejujuran aku dipersoalkan. Malu tidak terhingga.
Dan kau? masih mempersoal tentang kejujuran kau?
Kejujuran kau yang boleh menjahanamkan hidup kau pada usia seawal 14 tahun?
Aku hormati kejujuran kau. Namun kau terlalu jujur untuk sesuatu kenakalan yang bodoh!
Kau mungkin letih menerima tohmahan. Namun itu hakikat. Kerana kejujuran kau.
Ketelusan membuka bicara yang mengundang keaiban kau dan juga keluarga. Dan kau mula berserah pasrah. Menjelik mereka yang mula bersuara tentang tindakan kau.

Jujur aku katakan aku seorang yang tidak jujur.
Sebab aku masih terpinga-pinga.
Jujur? Kejujuran?
Apa ini?

Dan bagi aku, dek kerna kejujuran melampau kau itu, kau merana. PADAN MUKA kau!
Tak salah untuk menjadi jujur. Dan aku dapat katakan yang kau punya kejujuran membawa padah!
PARAH!

Mungkin kau bersikap jujur demi menutup persepsi rakan-rakan kau yang suka cakap belakang mengenai kehidupan peribadi kau. Dan kau punya ego sendiri. Bangga dengan perilaku kau itu. TAHNIAH!

Dan nama kau melonjak naik! Aku tahu bukan kau pinta untuk menjadi begini. Namun kau punya cita untuk merosakkan masa depan kau. Mengikut nafsu semata-mata. Kau masih ego. Ego untuk tunduk pasrah atas perbuatan nakal kau.

Aku tidak sealim ustaz.
Aku tidak berfalsafah seperti mereka yang punya Dr. diawalan nama.
Dan aku hanya mampu berdoa. Berdoa untuk kau dibukakan pintu hati.
Semoga sukses dihari mendatang wahai budak 14 tahun. Kau punya masa depan. Dan buat waktu ini, masa depan kau sedikit kelam. Dek kejujuran kau itu.

Tahniah!


noTAngan - Ini untuk kau yang punya nama Adinda Milano Evans dalam Facebook.