Sunday, June 05, 2011

Roti Dan Milo Ais.

Anjing menyalak, melalak. Kucing itu tunduk malu. Diam membisu. Dihina oleh penghina sehina-hina yang mungkin. Berbulu tapi tidak sebulu. Itu mereka.Anjing dan sekutu-sekutu nya.Kucing tiada teman. Kini kucing sedar, roda hamster tidak senantiasa diatas.
Perasaan malu sang tikus dihina kucing mula merebak di dalam jiwa kucing itu sendiri. Gara-gara kumpulan anjing itu.

Suasana sunyi. Sepi. Terkedek-kedek berjalan seekor kucing mengendong sekeping roti.Tiba di satu tempat yang gelap.Kecil. Sempit. Seekor anjing, punya dog tag tertulis Feist berjalan seorang diri. Namanya barangkali.Menyalak-nyalak ke arah kucing berbulu hitam kelabu ini. Salakan ini tidak seperti  tadi. Seakan-akan memohon bantuan. Dan sang kucing merasa pelik. Ke mana gerombolan lain yang menyalak, melalak menghina tadi? Kucing menghampiri. Dan anjing itu jelas meminta bantuan. Memohon sedikit roti untuk mengalas perut.

Pada ketika kucing mendengar anjing meminta roti yang berada dalam kendongannya, kucing merasakan diri  masih diperlukan. Dan ini benar. Kucing mula rasakan dirinya masih lagi dihargai. Dan datang ke arah kucing satu lembaga merah tidak berkaki, terbang meluru kearahnya. Dan lembaga tadi turun dan meperkenalkan diri sebagai Tempter makhluk Tuhan yang datang untuk menjahanamkan makhluk-makhluk tuhan yang lain. Tempter menghasut kucing untuk tidak menghiraukan anjing yang lapar itu. Ayat-ayat manis dikeluarkan Tempter seperti ingin mengajak kucing menjadi downline dalam perniagaan MLM. Kucing hampir tergoda. Membalas dendam atas penghinaan yang dilontarkan kepadanya.

Anjing sedih.Dan masih merayu. Perut sang anjing berkeroncong seperti sebuah persembahan orkestra agung yang diketuai oleh Dato' Ramli MS. Tempter masih berbisik-bisik. Kucing makin ego. Anjing merayu sayu.
Dan kucing mengalah. Belas kasihan masih wujub dalam hati kecilnya. Ditinggalkan ego yang tinggi melangit ditepi tong sampah MBSA yang tidak terurus itu. Dek kerna sekeping roti dan anjing lapar. Roti Gardenia butterscotch dipotong dua. 1 untuk anjing. Dan 1 untuk kucing.

Lembaga merah itu berang! Memaki hamun kucing. Bodoh katanya. Perbuatan membantu orang yang menjatuhkan kita itu satu perkara yang sia-sia. Dan kucing itu tidak menghiraukan cacian dari lembaga merah itu. Berjalan terkedek-kedek tinggalkan lembaga merah, dan anjing yang baru pertama kali mendapat Gardenia butterscotch. Karma. Aku percaya pada itu. Bisik hati kecil kucing.

Berjalan tanpa arah tuju. Jalan dan terus berjalan. Tanpa arah dan tujuan yang satu. Masih gembira dapat berkongsi roti. Senyum lebar hingga ke pipi.

"Kucing kurap tak ada bulu!" Tersentak tiba-tiba.
Bunyi salakan segerombolan anjing.2 ekor Rottweiler, 3 ekor Pitbull seekor Chihuahua dan, anjing yang berkongsi roti itu, Feist.

Moral kucing itu kembali down. Kembali dihina. Dan mereka masih terus menghina. Silih berganti kutukan dan cacian. Disilih ganti dengan menghirup milo ais. Sungguh besar dugaan makhluk Tuhan yang gondol bulunya ini. Dihina, diduga dengan milo ais di kala mentari tegak di atas kepala. Ini gila. Riak wajah kucing sangat-sangat memohon agar dia mendapat air milo itu. Sedap.Namun, sang kucing ini takut. Kucing berpatah balik. Lari dari dugaan dan cacian itu. Meninggalkan anjing-anjing itu. Dan lembaga merah itu muncul kembali. Terbang rendah. Gelak guling-guling.

"Kau bodoh! Tengok bagaimana anjing itu hina kau kembali"
Berguling-guling di awangan lembaga merah itu. Mengapi-apikan keadaan. Sedih dan sayu. Berjejeran air mata kucing. Jauh kucing meninggalkan anjing dengan hilai tawa dibelakang sana. Dan tasik sepi itu sekali lagi menjadi tempat di mana kucing itu meratapi nasib. Menjadi kucing hitam kelabu, berbulu gondol seakan-akan hutan tebal di Sarawak yang gondol atas nafsu tamak manusia itu sendiri. Tekak kering. Mengenang milo ais dalam genggaman para penghina jalanan yang perasan mereka cukup bagus. Tempter masih bersama kucing. Kononnya meratapi nasib kucing. Punya hidden agenda sendiri. Menghasut. Manjahanamkan makhluk Tuhan.

Karma. Kucing masih percaya akan hukum ini. Walau dihasut dan diapi Tempter, kucing percaya akan kekuasaan Pencipta Yang Maha Esa. Dengan tidak semena-mena, muncul di balik semak itu. Binatang 4 kaki. Rupa sedikit ganas. Menggendong plastik berisi air. Dan itu Milo ais! Feist menggendong milo ais ke arah Kucing. Ditinggalkan plastik air itu di tepi kucing dan berlalu pergi dengan angkuhnya. Tanpa sebarang kata. Hilang dalam semak. Terkesima kucing itu. Kaget dek perbuatan anjing yang pelik itu.Air mata terus berhenti mengalir. Turut kaget disisi kucing ialah lembaga merah itu. Menggosok mata buat sekian kali. Dianggap mimpi di siang hari. Namun ini realiti.
Diangkat plastik air untuk diminum. Dan di saat ini, air mata kucing kembali mengalir. Sedikit titisan telah masuk ke dalam plastik air. Terharu dengan nota kuning yang ditampal diplastik air tadi.
Terima kasih untuk roti. :)
 Dan karma yang dipercayai kucing itu benar.



6 comments:

chalok suka makan sotong celup tepung said...

peram dulu beroo.
baru masak dgn ranum isi nya.

ѼdakulalaѼ said...

chalok! banyak sgt nak peram boss...
kurangkan sedikit bebanan. :)

chalok benci k-pop said...

aku xbace lg.
through gitu2 je. tu pun 5 baris je.
nanti r aku semak. hahaha.

Izzaty Ishak said...

Ok. Gua baru baca through gitu2. Nanti r gua semak mcm chalok cakap kat atas. Haha. Tapi gua ada nampak kemantapan di situ.

Gua on9 pukul 3 pagi, mmg tak dpt ah nak baca. Bro, tunggu gua komen lagi satu.

Review buku Achtung ada di entry baru gua ;)

Izzaty Ishak said...

Ok. Gua dah baca keseluruhan. Best. Gempak. Tersentuh juga gua membacanya. Teruskan menulis, bro! :D

ѼdakulalaѼ said...

tanks..hahaha...budak tadika baru reti menulis nie :)