Monday, August 22, 2011

Dan Bunyi Itu...





bunyi itu...
makin kuat.bergema.



bunyi itu...
resah.
gelisah.

bunyi itu...
renungan tepat.
tajam.
rotasi jam perlahan-lahan.
seram.

bunyi itu...
kedengaran lagi.
makin pantas. cemas.

bunyi itu...
meremang bulu.
gundah jiwa.


bunyi itu...
konserto terakhir?
makin kuat.



bunyi itu...
bunyi perutku.
menunggu azan maghrib berkumandang pada jam 3 petang. (-.-'')

Friday, August 19, 2011

Oh Tuhan!


Bergenang air mata,
Sebak tidak, sedih pun tidak.

Oh Tuhan!
cukup kuat dugaan kau berikan.

Bergenang air mata,
Sebak tidak, sedih pun tidak.

Oh Tuhan!
cukup besar cabaran yang kau berikan.





Bergenang air mata,
Sebak tidak, sedih pun tidak.


Oh Tuhan!
cukup indah petang jumaat ini kalau aku dapat tidur!
Bergenang air mataku menahan rasa mengantuk ini.
Aduh!

Wednesday, August 17, 2011

Kelayakan Yang Tidak Pasti.





Layakkah aku?
Terdiam, termangu. Persoalan itu senantiasa bermain dalam benak fikiran Mail.
Ditemani segelas Coke, sekotak Winston Light dan sekotak mancis. Persoalan mudah itu masih bermain-main. Terkinja-kinja dalam benaknya. Menari, berlari, mencari sesuatu yang dipanggil jawapan.

Hirupan kecil minuman berkarbonat,diselangi sedutan karbon monoksida yang memenuhi rongga jantung dengan dari sebatang rokok itu. Dengan penuh daya dan harapan agar persoalan itu terjawab.
Dan masih lagi, berlegar-legar dalam pemikirannya. GAGAL. Tiada jawapan yang muncul.

Fatimah. Si gadis kampung. Hitam manis, berlesung pipit. Manis senyumannya.Anak kesayangan Pak Khalid, imam besar masjid Kampung Atas Pagar. Baik budi pekertinya.


satu, dua, tiga, empat...
huuuuuhhhhh, keluh Mail.

4 gelas Coke, dan tiada jawapan yang pasti. Gara-gara kepulangannya ke kampung tempoh hari. Beliau dijodohkan oleh ibu-bapanya dengan si gadis cantik itu. Sememangnya niat yang dipasang dari bangku sekolah untuk menjadikan Fatimah sebagai pelengkap rusuk kirinya itu menjadi kenyataan.
Namun, itu dulu. Dikala masih belum mengenal dunia.Dan dikala Tuhan itu hanya Allah.

Dan tidak lagi sekarang. Bertuhankan dunia. Tiada lagi ucapan Syahadah sekurang-kurang 9 kali dalam solatnya. Tiada Ramadhan yang disambut dengan amal ibadah.
Yang tinggal hanya kemewahan, wanita dan hiburan.
Siapa Tuhanmu? Dunia.

Tiada rokok sebagai pencuci mulut?
Tiada Carlsberg membasahi tekak?
Bangun seawal jam 6 pagi untuk menyembah Maha Pencipta.

Oh, tidak! Ini Jahanam!, bisik hati kecilnya.

Otaknya semakin bercelaru. Bangkit dari kerusi kecil itu, menuju ke satu sudut. Membawa beberapa tin minuman tertulis Tiger Beer demi menghilangkan kerunsingan yang ada.
Layakkah aku?





noTAngan - tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. Kalau yang masih hidup tu terasa, JANGAN PERASAN!

Saturday, August 06, 2011

Santapan Petang Ramadhan

Dikala darah itu masih mengalir,
Ditemani alunan muzik alam,
Pedih namun itu lumrah,
Ditemani SECAWAN TEH DAN SENASKAH ANTOLOGI,
Dipetang hari Ramadhan ini.
Bukan! Hanya sekeping gambar,
Aku masih mampu menahan nafsu ini,
Luarannya cukup tenang. Bahagia,
Dalamannya cukup pedih, Terluka.

Tuhan, Terima Kasih,
Berat namun harusku tempuh,
Terima kasih Tuhan!

Friday, August 05, 2011

Saat Azan Berkumandang.

Allahuakbar, Allahuakbar......
Laungan azan sayup-sayup kedengaran. Waktu Maghrib telah pun masuk dan saat ini, para manusia, dengan gelojoh menghabiskan segala juadah yang terhidang diatas meja. Aku? Seperti yang lain. Gelojoh. Menghirup air tembikai, membasah tekak yang kering bak gurun sahara.Memenuhi sebahagian perut, ku capai kebab ayam itu.


Seorang diri menjalani ibadah puasa. Sahur seorang diri. Buka puasa seorang diri.

Dan kepala aku, berkecamuk, berserabut. Tiada masalah keluarga untuk difikirkan. Sekadar teringat akan keluarga. Kesal menyelimuti tubuh. Tulang 4 kerat dikerah. Hasil dilihat buat seketika sahaja. Benar!

Belum sempatku habiskan semua, seseorang telah mengambilnya. terima kasih PENCURI.

"Sabar jela Tuhan gantikan dengan lebih baik"

Kak. Terima kasih. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Tuhan telah menggantikannya dengan sebuah keinsafan.

Hilang duit beberapa ratus telah membuatkan aku sedar yang aku telah meng'hilang'kan duit kedua ibu bapaku berjuta-juta dengan sesuatu yang sia-sia. 20 tahun sudah, namun tiada apa yang boleh dibanggakan.Gagal.

Sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil. Ujian dan dugaan membuatkan aku ingat pada mereka. Terima kasih Tuhan!

Monday, August 01, 2011

Isnin Bukan Selasa

Tanggal 1 Ogos.
Isnin, bukan selasa,
rutinku tidak seperti biasa,
tiada Winstons sebagai alas perut,
tiada air soya penghilang dahaga.

Aku pejam dan aku celik,
Dia pejam dan terus pejam,
Dan rotasi jam itu tidak pernah melawan hukum azalinya,
Dan munculnya Kau dinanti-nanti,
Penuh pasti, penuh makna, penuh matlamat,
setiap jiwa punya pengisian sendiri.

Dan aku bertemu Kau, tanpa Dia disisi,
7 tahun sudah,
Seperti baru semalam,
Begitu cepat, pantas.

Aku cukup hormati kemunculan Kau,
Punya aura yang berbeda,
Rambut mengerbang tertutup rapi,
Yang ketat sudah dilonggarkan,
Kitab sanjungan mula dicari.

Selamat Kembali Ramadhan.
Akan ku cuba penuhi Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik yang mungkin.
Maaf dipinta buat semua.