Wednesday, August 17, 2011

Kelayakan Yang Tidak Pasti.





Layakkah aku?
Terdiam, termangu. Persoalan itu senantiasa bermain dalam benak fikiran Mail.
Ditemani segelas Coke, sekotak Winston Light dan sekotak mancis. Persoalan mudah itu masih bermain-main. Terkinja-kinja dalam benaknya. Menari, berlari, mencari sesuatu yang dipanggil jawapan.

Hirupan kecil minuman berkarbonat,diselangi sedutan karbon monoksida yang memenuhi rongga jantung dengan dari sebatang rokok itu. Dengan penuh daya dan harapan agar persoalan itu terjawab.
Dan masih lagi, berlegar-legar dalam pemikirannya. GAGAL. Tiada jawapan yang muncul.

Fatimah. Si gadis kampung. Hitam manis, berlesung pipit. Manis senyumannya.Anak kesayangan Pak Khalid, imam besar masjid Kampung Atas Pagar. Baik budi pekertinya.


satu, dua, tiga, empat...
huuuuuhhhhh, keluh Mail.

4 gelas Coke, dan tiada jawapan yang pasti. Gara-gara kepulangannya ke kampung tempoh hari. Beliau dijodohkan oleh ibu-bapanya dengan si gadis cantik itu. Sememangnya niat yang dipasang dari bangku sekolah untuk menjadikan Fatimah sebagai pelengkap rusuk kirinya itu menjadi kenyataan.
Namun, itu dulu. Dikala masih belum mengenal dunia.Dan dikala Tuhan itu hanya Allah.

Dan tidak lagi sekarang. Bertuhankan dunia. Tiada lagi ucapan Syahadah sekurang-kurang 9 kali dalam solatnya. Tiada Ramadhan yang disambut dengan amal ibadah.
Yang tinggal hanya kemewahan, wanita dan hiburan.
Siapa Tuhanmu? Dunia.

Tiada rokok sebagai pencuci mulut?
Tiada Carlsberg membasahi tekak?
Bangun seawal jam 6 pagi untuk menyembah Maha Pencipta.

Oh, tidak! Ini Jahanam!, bisik hati kecilnya.

Otaknya semakin bercelaru. Bangkit dari kerusi kecil itu, menuju ke satu sudut. Membawa beberapa tin minuman tertulis Tiger Beer demi menghilangkan kerunsingan yang ada.
Layakkah aku?





noTAngan - tiada kena mengena antara yang hidup atau yang mati. Kalau yang masih hidup tu terasa, JANGAN PERASAN!

1 comment:

el-burn insane said...

karya ramadhan yg mantap !