Mana dia si pengarang ini?
Mana dia tuan punya blog ini?
Mana dia penulis di laman blog ini?
Jangan kau cari dia.
Dia ada hanya disini.
Bukan di dunia realiti.
Kerna dia, terperangkap dalam jasad seorang lelaki yang egois, menjengkelkan, pemalas.
Adjektif yang kurang enak. semua terletak pada jasad yang ditumpang.
Andai kau hadap, jumpa jasadku.
kau bertuah dan menyampah.
Sikapnya, egois.
Lakunya, kau nilai sendiri.
Sebab aku. terperangkap dalam 1 jasad yang masih mencari-cari hala tuju hidupnya.
Thursday, December 06, 2012
Thursday, November 22, 2012
Warna Dunia
Kita, manusia.
Tak punya segala,
Namun ingin semuanya.
Masa lalu; sedih, luka, gembira.
Kita warnainya.
Masa depan; siapa tahu?
Kita penulisnya.
Jatuh, bangun; terduduk hampa, tertonggeng kecewa.
Barangkali.
Siapa tahu?
Hebat tulisanku,
Hebat angan-anganku,
Tanpa Dia. Siapa tahu penghujungnya.
Jalan ini, mana penghujungnya?
Kita penentu.

Monday, November 05, 2012
Ucap Selamat
1 hari. dalam tahun lepas atau lepas lepas.
Aku.
jahanam!
Tuhan menghantar seorang.
SEORANG
Pendidik, rakan, teman,sahabat.
Terima kasih diatas hadiah yang cukup besar.
Bermakna.
Syukur!
Doa kupanjatkan buat Tuhanku,
Agar dia,
Mampu berjuang buat sekalian.masyarakat.
Tahun ini,
Hari ini.
Selamat Hari Jadi!

Kadang-kadang
Kadang-kadang.
Penat.Letih.
Sangat Letih.Sangat Penat.
Kadang-kadang.
Sampai bila?
Letih bermain dengan jiwa.
Andai jiwa ini bersih lagi mulia, itu tak apa.
tapi...
Kadang-kadang.
Sampai bila?
Penat bermain dengan perasaan.
Andai rasa ini jujur, itu tak apa.
tapi...
Kadang-kadang, ia datang.
Sekarang, ia datang lagi.

Thursday, October 18, 2012
Ruang Kita
Hingar-bingar!
Tidak semua gemar.
Diam membisu,
Bukan semua setuju.
Merah, biru,
Pintaku?
Pintamu?
Pinta mereka, barangkali.
Kesana, kemari,
Masih mencari.
Mana tempat mampu kita sendiri?!
Mana?!
TUNGGU!
Kelak kita sama.
Saat itu akan tiba.
PASTI TIBA!
Bila?
Tidak semua gemar.
Diam membisu,
Bukan semua setuju.
Merah, biru,
Pintaku?
Pintamu?
Pinta mereka, barangkali.
Kesana, kemari,
Masih mencari.
Mana tempat mampu kita sendiri?!
Mana?!
TUNGGU!
Kelak kita sama.
Saat itu akan tiba.
PASTI TIBA!
Bila?
Sunday, October 14, 2012
Bereksperimentasi
Objektif nya sama setiap umat,
lain intepretasinya.
'Procedure'nya lengkap terhidang.
'Safety Precaution' telah tersedia.
Keputusannya?
Adakah mencapai objektif kita?
Yang Benar, bukan yang ditokok tambah.
Yang tulus, tidak bersandar pada nafsu.
-Kita Manusia Sombong-
lain intepretasinya.
'Procedure'nya lengkap terhidang.
'Safety Precaution' telah tersedia.
Keputusannya?
Adakah mencapai objektif kita?
Yang Benar, bukan yang ditokok tambah.
Yang tulus, tidak bersandar pada nafsu.
-Kita Manusia Sombong-
Saturday, September 22, 2012
Negaraku Sudah Merdeka
Merdeka!
Merdeka! Merdeka!
Laungan
keramat yang seringkali aku dengar saban tahun. Ogos menjelma, sepanduk, banner,iklan
billboard, dinaikkan demi menghangatkan lagi suasana. Berlegar-legar
dalam kepala, soalan killer andai ada wartawan tanya, ”apa erti
Kemerdekaan buat saudara”
Kemerdekaan?
Urrmmm. Sebatang Marlboro soft pack dicucuh demi menghangatkan lagi percambahan
idea di waktu malam yang hening ini.
Merdeka?
Bebas barangkali. SALAH! Masakan negara ini sudah bebas, andai aku salah update
status facebook pun boleh masuk lokap.
Yang aku
ingat, laungan merdeka pernah dilaungkan selepas peperiksaan SPM aku tamat
beberapa tahun lepas. Mungkin kemerdekaan itu bebas dari sebarang aturan kehidupan yang sudah ditetapkan. Come
on! Aku bukan robot yang bagus untuk berbakti kepada semua.
Ditepi
tembok itu aku duduk seorang diri, sekotak rokok, setin Coca-Cola.
Merdeka, merdeka. Berat sekali untuk dicerna. Apakah itu Merdeka? Masih lincah
dan aktif bermain dalam fikiran.
Sepanjang
tembok di Waterfront ini dipenuhi budak-budak sekolah dengan basikal fixie
warna warni. Baju AX, seluar skinny, rambut pacak, tindik sana tindik
sini.Berpelukan dengan pasangan masing-masing. Sunat pun belum kering. Nice!
Mereka sudah merdeka, mendapat lesen melakukan maksiat dari parents
dorang. Rosak mood aku nak lepak tenang-tenang fikirkan soalan mudah tak tahap
sekolah tadika. Muka pecah rumah satu hal, pakaian kalau tak dedah tetek
tak sah. Kalau besar takpe jugak, nasi lemak 50 sen lagi besar bro.(ada
lagi ke orang jual nasi lemak 50 sen?)
Dari
Waterfront, aku terus menapak, mencari kedai untuk duduk lepak. Bosan. Barangkali
terlalu awal aku keluar malam ini.
“this is
the new headlines for tonight,two policemen discharge from bribery…” Jam 12
sudah muncul.
“Argghh! Berita sama tiap-tiap hari. Tak
de berita menarik sikit ke? Kfc bakal memberi makanan percuma tiap-tiap
hari Jumaat, Baskin Robbins 1 Mangkuk seorang. Dapat headlines macam nie kan
best. Sikit-sikit korupsi, sikit-sikit
korupsi, nak kasi menarik sikit keluar berita video seks. Berita 1 jam,
setengah jam cerita pasal politik. Pak lebai berkopiah pum pam pum pam
perjuangkan agama, membebel membabi buta salahkan pihak lawannya.Pihak lawan
pula masih lagi menggunakan taktik lama, mengungkit dengan apa yang pernah
mereka beri, janji ditepati, kini masa balas budi. ” Barangkali tiada
siapa disekeliling menyedari reaksi aku yang sedikit bosan menonton berita yang
masih belum pasti kesahihannya. Mereka tersenyum lebar mendengar PM akan
memberi sumbangan wang saguhati tambahan kepada anak-anak desa.
Nekad,
makin lama aku dikedai, makin bosan aku dibuatnya. Milo ais disedut laju, RM2
ditinggalkan diatas meja. Dengan macho dan coolnya aku berlalu pergi.
Selang beberapa saat,
“Dik!, adik
yang baju hijau!,” jeritan serak-serak basah aku dengar.
Terpinga-pinga
sebentar, siapakah yang memanggil, dan siapa pula yang dipanggil. Masih dengan
gaya coolnya, aku mencari dari mana datangnya suara warga emas itu.
“Dik!, milo
ais RM3 secawan, lagi RM1 tak cukup,” tambah suara perempuan misteri itu tadi.
Baru aku
sedar yang suara itu datang dari tuan empunya kedai tadi, meminta tambahan RM1
dari aku bagi bayaran air Milo ais yang tak layak untuk digelar Milo ais,
hambar, tawar. Malaysiaku sudah
benar-benar berubah. Kos sara diri juga semakin meningkat. Adakah ini kesan
dari kemerdekaan yang hampir 60 tahun dikecapi?
Berlalu
pergi dengan otak masih ligat dengan persoalan yang masih tak punya jawapan.
Erti kemerdekaan. Mudah dibaca, sukar difahami.
Kapcai
cabuk dihidupkan enjin dengan payahnya. Makanya, berlalu lah aku pergi dari
sekalian tempat yang biasa aku lepak dengan rasa hambarnya malam-malam sambutan
kemerdekaan. Angin malam seakan-akan turut bersamaku merasakan kehambaran
sambutan itu, sayu dan mendayu-dayu. Seakan-akan tiada hala tuju yang pasti, speed
kasi maintain 40km/j. Layan angin malam.
Tanpa
sedar, motor sudah sampai di parkir rumah. Tiada tempat untuk berfoya-foya
barangkali di sekitar Kuala Terengganu. Remote
tv dicapai, beratus-ratus channel ditukar tanpa segan silu. Tiada yang menarik
perhatian untuk ditonton di malam hari.
Diambang kemerdekaan, cerita Hindustan
ditayangkan. Apakah?
Diambang kemerdekaan, hiburan melalaikan
diperdengarkan. Apakah?
Benar!
Makin lama kita tinggalkan detik-detik laungan kemerdekaan dilaungkan, makin
kita dijajah. Fizikalnya kita aman damai tiada penjajahan. Namun, kita, aku, kau dan sekalian, masih
dijajah. Penjajahan minda yang unik, amat sukar di rungkaikan dengan kata-kata.
Mana bukti
kita benar-benar Merdeka dari sebarang penjajah? Adakah terletak pada tugu
negara?
Aku? Masih
lagi diam andai soalan cepumas ditanya, Apa itu kemerdekaan?. Diam. Diam maknanya aku tak tahu. BODOH! Andai ada
jawapan sekalipun, bagiku hanya satu kupasan yang dicatit dalam mana-mana buku
atau picisan. Secara realitinya, kita semua masih dibawah penjajah yang belum
pasti akan ketibaan merdekanya. Bilakah sebuah komuniti itu bebas dari Penjajah
Minda?
Milik Semua
Kuasa ditangan kita, mereka, semua,
Dengan kuasa, bangkitlah kita, mereka, semua,
Demi kuasa, berkelahilah kita, mereka, semua,
Lenalah kita, mereka, semua, diulit kuasa.
Lena.
Lena.
Lena.
Berkelahilah!
Ayuh semua!
Jahanamkan ketamadunan manusia dengan kuasa!
Ayuh!
Ayuh!
Kita tindas mereka yang tak punya kuasa!
Kita abaikan mereka dengan kuasa!
Kuasa ditangan kita!
Sesungguhnya kita manusia bodoh yang diberi kuasa!
originally written at Surau CCR GPP 3, 14/09/2012

Sunday, July 01, 2012
Keselamatan Permulaan.
Tanggal 28 Jun,
.
.
.
.
.
Aku.
Umi. Terima Kasih.
Suatu tarikh, permulaan, dunia yang penuh onak dan duri.
-------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah.
.
.
.
21 Tahun berlalu.
*Tangan ditadah memanjatkan kesyukuran buat yang Esa*
.
Masih diberi peluang, mngecapi nikmat dunia walau dalam keadaan sederhana.
.
.
.
.
.
Terima kasih buat kalian semua. doa dan ucapan itu sudah memadai sebagai hadiah harijadi. terima kasih.

Hadiah dari seorang rakan.Terima Kasih. |
Wednesday, June 06, 2012
Teman Bisu
Ada yang berdua,
Ada yang bertiga,
Ada yang kecil,
Ada yang besar,
Ada yang cantik,
ada yang kurang cantik.
Segalanya ada disekeliling aku.
Dari 1 ke 2,
Dari 2 ke 3,
Dari 3 ke seterusnya.
Berterusan topik yang dibualkan.
Jangan kau, kau dan kau,
pandang ku sinis,
disaat aku, dengan mereka.
Kau tahu betapa hebatnya mereka?
Sanggup bersama,disaat aku memerlukan.
Sanggup mendengar walaupun tidak faham.
Mereka bukan calang-calang teman,
Diguna, dikikis seperti pengurup wang,
Teman terbaik disaat buntu,
Teman terbaik disaat jiwaku bercelaru,
Teman terbaik disaat semua yang lain menjauhiku,
Teman terbaik disaat yang lain mencemuhku,
Disaat kalian tinggalkan aku.
Terima kasih,
Secawan kopi,
Senaskah buku,
Sekotak rokok.

Tuesday, May 08, 2012
Hidup Ini Mudah
Hidup ini mudah,
Mudah MENILAI,
Mudah BERFIKIR,
Mudah MEMILIH,
Mudah MENERIMA,
Mudah dalam segala hal.
Dalam segala kemudahan ini, kita terlupa,
Sukarnya MENILAI dengan tepat,
Sukarnya BERFIKIR dengan tepat,
Sukarnya MEMILIH dengan tepat,
Sukarnya MENERIMA dengan tepat.
Sukarnya dalam mencari ketepatan dalam segala hal.
P/S - Pilih.Pilih. Dan terus memilih. Memilih berlandaskan ilmu, bukan nafsu.

Monday, January 30, 2012
Projek Harapan
Salam semua rakan, teman dan taulan.
Pernah dengar tentang kempen Hope 2 Walk? Kempen ini secara dasarnya dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami Cerebral Palsy (lumpuh otak) dan Mitochondrial Disease.
Untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini boleh rujuk laman Facebook mereka di sini.
Dan aku tergerak hati untuk membantu kempen ini tapi aku rasa bantuan aku se-orang tak mungkin dapat menjayakan kempen ini. Dengan itu, aku tergerak hati untuk mengajak kalian, para penulis blog, penulis bebas, atau sesiapa sahaja yang rasakan tergerak hati untuk membantu dapat berganding bahu membantu kempen ini.
Dan atas dasar kemanusiaan, aku bercadang untuk menghasilkan sebuah mini buku yang bertajuk 'Tentang Harapan'. Dan buku ini akan dijual kepada public. Segala keuntungan dari hasil jualan buku ini akan terus didermakan ke tabung Hope 2 Walk.
Dan aku memerlukan bantuan kalian semua dalam menghasilkan buku ini. Bantuan kalian dalam menyumbangkan sebarang hasil tulisan kalian. Sebarang jenis tulisan seperti sajak, puisi, koleksi-koleksi cerita pendek, cerita tak berapa nak pendek, fiksyen, non-fiksyen dan sebagainya. TETAPI berdasarkan sebuah tema iaitu HARAPAN. Dan yang paling penting tulisan anda semua haruslah bebas dari sebarang unsur-unsur pornografi kerna buku ini akan dijual kepada public. InsyaAllah.
Sesiapa yang berminat dalam menyumbangkan tulisan anda semua boleh terus hantar tulisan kalian ke sukaberbelanja[at]gmail.com. Aku akan kumpul semua hasil karya kalian pertengahan bulan 2. Jangan risau, aku akan credit-kan hasil tulisan kalian. Sebarang pertanyaan berkaitan PROJEK HARAPAN ini boleh terus email aku.
Dan mohon anda semua sebarkan kepada penulis-penulis blog atau bebas agar kempen ini dapat dijayakan.
Terima Kasih.
-DK-
p/s - adik Annisa telah kembali ke rahmatullah pada 22 Disember 2011. Dan kita masih memerlukan dana untuk membantu adik An-Nur untuk menjalani rawatan.

Wednesday, January 18, 2012
Catatan #4
Terlena
Mana hilang mentari merah,
Yang ku lihat bayang hitam,
Mana pergi cahaya terang bulan,
Yang tinggal hanya awan hitam.
Teman dikala jaga, ramai,
Diangkat, dipuja, di'dewa',
Terbang tinggi mendongak langit,
Ingin kuterbang tinggi, tinggi, tinggi lagi,
Langit ke-tujuh barangkali.
Sinaran lampu neon masih terang,
Tiada tanda akan padam, Y-A-K-I-N
Langit ke-tujuh semakin hampir,
Semut api, semut merah, persetan mereka dengan kehidupan mereka.
Disaat hampir ke puncak,
Semua nya hilang, GELAP,
Tiada lagi langit ke-tujuh,
Tiada lagi semut merah dan semut api,
Gergasi merah dan gergasi api,
Evolusi Darwin barangkali.
Mana?
Siapa?
Sa-urang hamba jatuh terperosok kedalam,
Tujuh kaki kedalam,
Yang tinggal hanya sepasang persalinan putih.
Sadarkah kamu?
Seorang bukan?
Siapa bakal membantuku?
Ya Tuhan, aku mengaku salahku,
Ampuni aku, bangkitkan untuk menebus segala-galanya.
Permohonan ikhlas berselang air mata darah takkan mampu mengubah segala-galanya.
P/S - inspired by Seperti SyurgaMu - Pop Shuvit feat Manbai.

Thursday, January 12, 2012
Catatan #3
Sisi hitam, bukan ukuran atau sandaran jelas.
Sisi hitam, bukan untuk dibahas.
Sisi hitam, untuk diturunkan,
bukan sebagai contoh, sekadar pengajaran.
Sisi hitam, bukan untuk dibahas.
Sisi hitam, untuk diturunkan,
bukan sebagai contoh, sekadar pengajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)