Saturday, December 28, 2013

Jangan Simpan

Hilangnya Titanic,
tenggelam karam.
Namun kisahnya,
Berdekad dalam ingatan.

Andai kisah kita,
bersama, diabdikan,
Shah Jehan dan Mumtaz takkan mampu melawannya.
Andai kamu Hayatiku,
Akan aku menjadi Zainuddinmu,
Walau adat menjadi pemisah,
Sebesar tembok besar China sanggup kuredah,


Ah!
Celaka! 
Terlalu taksub dalam dunia sendiri,
Hidup berlandas fiksyen kasih sayang,
Berakhir sebuah kisah penuh kegembiraan.

Ah!
Berganjak la teman, 
Kita tidak sehaluan,
Bukan merpati sejoli berpimpinan tangan.

Usah diperam, usah disimpan.
Tak kemana hidup tanpa kasih dan sayang,
Berganjaklah teman, 
Ini bukan kisah habis madu sepah dibuang,
Ini kisah si penganggur jalanan,
Ditinggalkan kesepian.

Thursday, October 03, 2013

Selamat Malam


“Kita berkenalan hanya dalam laman….,” telefonku berbunyi.
“Hello, Jack.”
“Hello Mad! Lu dekat mana? Apa maciam? Tarak keluar ini malam?,” kedengaran  suara sengau Mad acah-acah abang kawasan mengajak ku keluar lepak.
“Hey kawan, malam masih muda, pak imam baru angkat takbir, da nak ajak keluar? Lewat sikit la. Jumpa tempat biasa,” Balasku tenang.
Jack, antara teman rapatku. Dimana ada aku, Jack mesti ada.Begitu juga sebaliknya, kecuali masing-masing melepaskan hajat. Menjadi rutin hujung minggu kami bersama yang lain, keluar minum, karaoke, ronda-ronda pusing kota metropolitan Kuala Lumpur. Tipu besar kalau aku kata, hujung minggu aku berada dirumah, menonton cerekarama. Seingat aku zaman cerekerama ini, zaman sekolah rendah.Mak dengan ayah tak bagi keluar lewat malam takut jadi apa-apa dekat aku. Nak buat macam mana, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga. Kira jadi harapan keluarga la.
Sesungguhnya zaman remajaku indah. Cukup indah. 125 ZR merah hadiah hari jadiku yang ke-16 merubah segala-galanya. Bermodalkan senyuman dan 2-3 ayat-ayat cinta yang dipetik dari novel-novel cinta keluaran PTS, sudah berapa ramai gadis sunti menjadi pemboncengku. Cukup bulan mereka diboncengku. Dan tidak lupa, sudah berapa kolah air mata ibuku mengalir dek perangai nakalku ini. Tidak pernah ada sekelumit rasa kesian terhadap seorang insan yang digelar ibu itu. Mungkin ini yang di gelar keseronokan zaman remaja. Pernah sekali aku rasa menyesal dengan perbuatanku, tapi, rasa itu tak kekal lama. Tamat kem motivasi, rasa menyesal itu hilang bersama memori di brainwash ketika kem itu.
Namaku Ahmad bin Ismail. Tapi malam ini, namaku sudah bertukar. Ahmad bin Aminah. Tiada lagi jeans koyak, t-shirt bling-bling­ Armani Exchange yang dibeli di uptown. Yang tinggal hanya kain putih sepanjang 24 ela.

“Esok masih ada, kata mereka, tapi kita lupa….,” Iphone Aisyah berbunyi.

“Hello sayang, nanti malam esok jangan lupa kenduri tahlil adik I, Ahmad ya,” ujar Aisyah sayu.

Cahaya Angkasa

Cuba kau kira bintang di langit,
Sebanyak  itu dosaku terhadap mu.

Usah berddegil sayang,
Usah kau tunggu sayang,
Malam ini, awan mendung,
Tiada bintang.

Sudah tiba waktu, kau buang egomu,
Sudah tiba waktu, kau mengaku.

Maafkan aku,
Ini semua permintaan egomu.

Monday, August 26, 2013

Action.

Lirikanmu menggoda,
Senyumanmu manis,
Lenggokmu,seksis sekali,
Cukup buat aku tersenyum lebar.
Memikirkan indah dan bahagianya dunia ciptaan Dia.

"I love you"
Serak basah bisikanmu.

Ibarat dipanah petir,
Kejung,
Terpaku.
Ungkapan yang telah lama ku tunggu,
Akhirnya terbit dari bibir mongelmu.

Cut!

"Woi!, kenapa kau diam! Tak hafal skrip ke?"

Tuesday, August 06, 2013

Cita-cita Kita


Menjadi Tuhan bukan sebuah cita-cita,
Namun itu yang terjadi,
Kau, aku, kita, semua,
Menghukum belum sempat dia diadili.

Menjadi Malaikat maut itu bukan cita-cita,
Namun itu yang berlaku,
Rakus kau menarik nyawa,
Demi wang penuh saku.

Menjadi agamawan itu satu cita,
Segelintir; bukan semua,
Namun agamawan jadian,
Bersepah berkeliaran,
Cukup sekadar menuntut di madrasah Google.

Pengkritik itu ada nilainya,
Perhatiannya,pengamatannya,
Kritikan dan idea dilontarkan sejujurnya,
Apa ada pada kita?

Pengkritik bernilai atau tin kosong yang bersuara?

Permainan dendam.


Ujian,
Alpa,
Ungkapan yang sesuai.
Gagal; tak pernah terfikir dibenak sosok yang angkuh.

Berat kalian memandangku,
Andai kau mampu berdiri ditempatku,
Tabik hormat ku angkat padamu,
Berdada bidang bukan penentu.

Leka,
Hanyut,
Lemas dalam permainan gelora jiwa,
Kecewa pengakhirannya.

Kalau kau tanya apa kehendakku,
Aku tak perlukan peluang kedua,
Pintaku satu,
Hentikan permainan merobek pintu hati para lelakimu.

Andai dendam punca,
Kau lupakan sahaja.
Kelak kau terkena.
Karma.





Tuesday, July 16, 2013

Keyakinan yang kian pudar

Luarannya, ideologinya, perilakunya,
Cukup melambangkan sebuah keyakinan.

Bagaimana kau yakin tentang rasa itu?
Rasa yang kau julang setinggi langit?
Sebuah rasa yang kau gelar CINTA.
Sayang untuk tinggalkan,
Kecewa bila ditinggalkan.

Aku harap kita,
Punya rasa keyakinan yang lebih dari itu,
Terhadap Dia.
Sang Pencipta.

Sunday, July 07, 2013

Semoga Kau Tenang

Kita dipertemukan saat aku masih kecil.

Terima kasih sang lilin,
Kalu jodohkan kami.
Kau ajarku supaya;
Percaya,
Cinta,
Sayang,
Hormat,
Padanya.

Kau dijulang tinggi,
Aku hormati,
Kau diangkat tinggi,
Aku suka hati,
Suatu ketika dahulu.

Saat aku mula percayaimu,
Kau diragut,
Kau dihina,
Kau diBUNUH!

Mana?
Mana?
Mana?

Rasa percaya kalian semua?
Rasa cinta kalian semua?
Rasa sayang kalian semua?
Mana dia semua rasa?

Kau ditikam tak berkeris,
Kau ditembak tak berpistol,
Kau ditusuk tak berlembing.

Kau terkorban ditangan;
Dia,
Mereka.

YA!

Mereka yang mengajarku supaya percaya pada kau!
Memperkenalkan kau!

Selamat tinggal DEMOKRASI!
Kau dibunuh oleh mereka yang dulunya memujamu.

Moga kau tenang disana.



p/s - Semoga negara yang demokrasinya terbunuh ini terus tenang dan berjuang. Demi rayat bawahan.Bukan kalian yang perut  kedepan.
Takziah buat warga Egypt. Kau kehilangan seorang ketua. Gara-gara rakusnya umat yang membunuh demokrasi demi perut sendiri.

Saturday, June 15, 2013

Pohon Ampun

Berlalu pergi,
memori dimarahi,
Aku cuba lari pergi, 
Membenih rasa benci.

Hubungan kita tidak begitu akrab,
Namun, nun dipelusuk hatimu, 
Sayang kau padaku cukup kuat.
Masakan tidak, tulang kerat dibanting mencari rezeki.
Demi sesuap nasi.

Ku berpaling pada memori hitam lalu, 
Ku sedar, hanya satu.
Sesal.

Sesal.
Sesal.
Sesal.

Rasa sesalku membuak-buak.
Benci yang ku benih dulu tak mampu mengambus rasa sesalku.
Sesalku mengabaikan mu disaat kau masih disisi.
Sesalku tidak menghargai penat lelahmu.
Sesalku tidak memohon ampun disaat kau masih disisi.


Aku tak sehebat yang lain, berjaya dalam hidup mereka.
Mungkin ini padahnya mengabaikan nasihat dan pesananmu.

Aku tak mampu menghadiahkan sebuah Bimmer,
Yang tinggal, hanya bacaan Yaasin mampuku hadiahkan,
Kerna kau pergi disaat aku masih menagih rasa sayangmu.




p/s - Al-Fatihah buat ayahku saudara Yusof bin Ibrahim. Aku masih belum sempat menjadi kawan akrabmu, Moga kau dicucuri rahmat olehNya. Moga kelak disyurga kita dipertemukan kembali.

Sunday, May 12, 2013

Hamba Perkasa

Mentari belum pun muncul,
Segala kelengkapan tersiap.
Kau, persiapkan sendiri.

Kau, hadirkan dirimu,
menjengah muka pintu,
Mengejutkan ku,
Menyembah Tuhan Yang Satu.

Pesananmu tak pernah berubah,
"Nak, tuntutlah ilmu dengan sebaiknya"
Dari umurku 3 tahun,mencecah ke 23 tahun.
"Nak, kemana kau pergi, jangan lupa Dia"

Walau berat menahan pedih,
Kau gagahi mendengar,
tohmahan, cacian,
Dek nakalnya puteramu ini
Kau wanita yang kuat.

Tiap saat, tiap ketika,
Tak pernah lekang doa kau buatku.
Walau aku, jarang bersama,
Aku tahu kau ada,bersama.



p/s - Selamat menyambut hari ibu buat sekalian ibu. 
Puisi ini ditujukan khas buat Umi, Morni binti Mohd Takir. Selamat hari ibu, mohon maaf atas segala khilaf. 






Wednesday, May 01, 2013

Politikus Songsang

Aku berjuang!
Bermatian!
Demi poketku,
Demi perutku.

Bangkitlah bangsaku!
Bawa bekal buat anak cucu,
Nanti dikebas bangsa lain,
Sesungguhnya kita bersaudara,
Mungkar Nakir akan persoal siapa bangsamu kelak.
Bangkitlah!

Bangkitlah anak-anak muda,
Perjuangkan agamamu,
Ayuh kita berdansa sampai pagi,
Todi, whiskey, ayuh kalian!

Sampai bila?
Didoktrin selepas mendengar azan pertama dimuka dunia.
Gila! Bodoh!
Penakut!

Monday, April 22, 2013

Janji Kita

Tangga mahkamah dipanjat hari demi hari,
Menuntut suatu janji,
Dari mereka yang berjanji,
Manusia biasa.

'Human Right' menjadi tunjang.
Menuntut setiap inci yang dijanjikan, agar dikotakan.
Gadai segalanya demi hak.
Hak yang dulunya dijanjikan segalanya.

.
.
.
.
.
.

Ini janji kita dan mereka,
Janji kita pada Dia?
Bagaimana?
Masih menunggu terbitnya mentari esok untuk sujud padaNya?
Andai tiada hari esok bagi kita?

Wednesday, April 17, 2013

Rasa Hitam Dendam

Kian berahi,
Rasa hitam dengki.

Api hitam ditiup sayu,
Membesar tanpa ragu.

Rasa dengki,
Makan diri,
Bukan hari ini,
Kelak barangkali.

Hati-hati bisikan Dasim.

Monday, April 15, 2013

Ababil Bukan Azazil

Dua sosok berbeza,
Kecil dan besar,
Penciptanya sama,
Yang Maha Esa.

Ababil, 
Besar jasanya,
Azazil, 
Besar impaknya.

Tiga batu neraka,
Dibawa bersama,
Tanda patuh utusan Yang Maha Esa,
Si angkuh Abrahah tewas jua.

Kebangkitan manusia, tempohnya lama,
Ingkarnya dia pada sang pencipta,
Janjinya pada Dia,
Neraka Jahanam kita dibawa.

Jelasnya dua perkara, 
Patuh dan ingkar,
Persoalannya dimana letaknya kita?
Ababil atau Azazil?





Thursday, April 11, 2013

Don't Look Back With Tears

Jika dilihat pada cermin,
Muka sama yang ku tatap.

Jika dilihat pada blog,
Penulis yang sama menulis.

Bodohnya aku semalam,
Sesal.

Bodohnya aku tempoh hari,
Menyesal.

Kawanku ramai,
Namun aku tak punya kawan bernama Doraemon.
Isnin takkan muncul selepas hari isnin.

Semalam sudah pergi,
Esok bakal menanti,
Andai belum mati.



p/s - Bahasa Inggeris hanya pada tajuk. Ilham disaat terdengar lagu Don't Look Back In Anger - Oasis

Monday, April 01, 2013

Bumi Tua

Bumi tua,
Sarat kandungannya.
9 bulan ke sembilan tahun ke ratusan tahun ke ribuan tahun.
Ribuan ke jutaan umat perlu ditanggung.

Andai semua berperilaku malaikat,
Kelak bumi mati dalam tenang dan damai.

Namun, itu semua harapan.
Harapan tinggal harapan.

Perilaku umat kian rosak.
Angkara nafsu dan ego.
Bumi tua mati dengan umatnya semakin jahat.

Friday, March 29, 2013

Sebuah Kesudian

Perkongsian cinta antara dua jiwa,
Lahirnya kita di muka dunia.

Perkongsian rasa sayang,
Membesarnya kita di alam fana.

Hari bersilih ganti,
Modenisasi menghimpit diri.
Perkongsian indah dibelakangi,
Jauh kebelakangan hari demi hari.

Sudikah kita?
Berkongsi rasa lalu yang sama?
Berkongsi cinta lalu yang sama?
Sudikah kita?



Saturday, March 16, 2013

Takutnya Hari Esok

Hari tak pernah lari,
Hari tak pernah berkelahi,
Siapa semalam, siapa hari ini,
Turutannya terurus rapi.

Adanya kita,
esok masih ada.
Tiadanya kita,
esok masih ada.

Semalam bercahaya,
Esok? berkaca. 
Mungkin.

Adakah hari esok seindah hari ini?
Adakah hari esok seceria hari semalam?

Saturday, February 02, 2013

Baju Amin

Hari pertama persekolahan sangat membebankan. Amin, seperti pelajar-pelajar lain, memikul beg galas yang sarat dengan buku. Satu subjek ada dua buku. Satu hari ada enam subjek. 12  buah buku dipikul dalam beg galas. Cukup membuatkan otot trapeziusnya lenguh. Tidak pernah terbayang dalam benaknya untuk pergi ke mana-mana gym untuk workout. Cukup sekadar hadir ke sekolah 5 hari seminggu.

Amin, seorang pelajar normal, tiada cacat cela ataupun wayar otak putus dimana-mana, meminati kelas seni reka. Kelas pertama seni reka cukup mencabar, tugasan yang penuh dengan pantang larang dan peraturan. Sesungguhnya, Amin seorang yang mudah terpengaruh dengan hasutan kawan, sangat kurang menggemari tugasan itu.

Tiada dateline, datelinenya mengikut kehendak guru kelasnya.Bila-bila dia suka. Mereka perlu bersedia bila-bila masa. Tiada gred A mahupun gred B, apatah lagi gred C dan D. Lulus dan gagal. Amin dibekalkan sehelai baju putih dan senaskah kalam yang terkandung pantang larang dan peraturan. Tugasannya mudah, warna dan corakkan baju putih tersebut, berlandaskan kalam yang diberikan. Mudah.

Tidak semua menganggap ia suatu perkara yang mudah. Masing-masing punya ideologi dan kreativiti yang berbeza. Datang dari pelbagai naskah yang berlainan, bukan naskah asal yang diberikan oleh guru mereka. Raju, sahabat baik Amin, memberontak. Menganggap ia sebagai salah satu penyeksaan emosi. Ini tak boleh, itu tak boleh. Raju, menganggap corak dan rekaan itu perlulah bebas. Asalkan nampak cantik dimata mereka.

Satu demi satu rakan kelas Amin, berniat untuk memperluaskan lagi idea dan kreativiti mereka berdasarkan logik pemikiran asal mereka. Sedikit sebanyak telah mengabaikan kalam panduan yang diberikan. Namun tidak bagi Amin, beliau seorang yang patuh pada arahan.

Hari demi hari, baju Amin, telah dipenuhi dengan corak-corak yang indah. Pelbagai warna, Cantik! Dari corak abstrak ke flora dan fauna. Cantik. Hari berganti hari, Amin rasakan dia punya idea yang lebih realistik dan rasional. Realistik mengikut peredaran zaman yang semakin pesat. Lama-kelamaan kalam yang menjadi pegangan asal dalam mewarnai bajunya sudah ditinggalkan. Baginya, sudah tidak relevan dizaman serba moden.

Amin mengikuti jejak langkah Raju yang dari awalnya lagi sudah mempersoal tentang naskah yang terlalu banyak pantang larang itu. Bagi mereka, naskah itu merencatkan minda kekreatifan mereka. Tanpa bantuan naskah itu, Raju masih mampu menghasilkan corak baju yang cantik. Karya Amin dan Raju mendapat pujian dari banyak pihak, dan tak lupa kritikan dek kerna mereka mengabaikan naskah panduan yang diberikan.

Jumaat terakhir April lalu, pelajar 5 Dunia diminta menghantar tugasan mereka itu. Penantian mereka selama ini berakhir disini. Tiada lagi proses mencorak dan mewarna lagi. Beberapa hari kemudian, keputusan dikeluarkan. Tanpa diduga, Karya Amin dan Raju disenaraikan sebagai karya yang gagal. Makanya, terpinga-pingalah mereka berdua. Dari pengamatan rakan sekelas mereka, karya mereka antara yang mendapat pujian ramai. Namun keputusan adalah muktamad. Tiada siapa yang berani dan mampu mempersoal tentang keputusan yang dikeluarkan. Makanya, Amin dan Raju tergolong dalam kalangan mereka yang gagal dek kerna tidak mengikut panduan yang diberikan. Secantik manapun ia dimata rakan sekelas, bagi penilai Agung itu, karya itu tidak menepati apa yang dikehendaki.





Hidup ini ibarat proses mewarna baju itu. Dateline nya tiba disaat Izrail datang menjemput kita. Bersedia atau tidak serahkanlah segala corak ada. Tiada kompromi. 
Kita diberi naskah Al-Quran sebagai panduan, namun masih ada dalam kalangan kita, rasakan naskah itu tidak relevan. Menjadikan akal itu sebagai tunjang utama karya. Akhirnya, walau ia nampak cantik dimata manusia, Tidak semestinya cantik dimata Dia.
Sekadar renungan bersama.

Tuesday, January 22, 2013

Buat dia.

Bertahun lalu,
Setengah abad lalu,
Insan ini,
Dilahirkan dibumi.

Hari ini,
Genap setengah dekad usianya.
5 orang dibesarkannya.
Aku yang ke-empat.

Walau rambut sama hitam,
Lain incinya,
Ikal, lurus,
Semua kau tatang tiada bedanya.

31 tahun kau besarkan mereka,
Dari yang besar hingga yang kecilnya,
Sayangnya sama,
Tiada beda mengikut usia.

Rasa jiwa dan ragamu,
Kau simpan, pendam,
Niatmu hanya satu,
Melihat anak-anakmu bersorak riang.

Selamat hari jadi UMI.





Andai salah silap datang dari aku, sesungguhnya ia bukan didikan yang salah dari kedua ibu bapa ku. Aku. Aku yang memilihnya.






Percaya pada manusia

1,2,3.
Kita kira bersama.
A,B,C...
Kita eja bersama.

Jatuh bangun ikrar bersama.
Tangis, tawa janji bersama.

Lembu ke harimau, bertukar ke arnab.
Setia menagih janji kita.
Ikrar kita. bersama.

Andai kau pergi tinggalkan dunia, mana nesanmu.
Andai kau punya tumor tahap bahaya, mana rumah sakitmu.

Mungkin aku terlalu percayakan manusia.
Hingga lupa tentang Dia.




Tap, tap, tap

Lama tinggal laman ini.
Mungkin ketandusan isi,
Mungkin sibuk mencari bekal duniawi,
Mungkin?
Kemungkinan yang tak pasti.

Yang benar, yang pasti,
Disini, aku sendiri,
Menulis, berpuisi,
Medan aku menyelusuri cerminan diri.

Disini, dalamanku bersuara,
Menempelak isi hati,
gundah gulana bercampur duka,
tersusun nya disini.


*dan2 lagu jiwang plak play time menulis ni. deyyum!