Sunday, July 24, 2011

Aku Rindu Kamu

Aku rindu kamu,
turun roll call muka penuh nafsu,
nafsu tidur yang membelenggu,
Nyanyi lagu negaraku,
Diakhiri leteran warden-warden kesayanganmu.
Zaman dahulu.

Aku rindu kamu,
Masuk kelas muka tak ikhlas,
Tak siap kerja kena denda,
Merangkak bawah meja perkara biasa,
Jumping jack latihan harian,
Sekolah asrama, bukan sekolah tentera,
hanya berlaku di zaman dahulu,



Aku rindu kamu,
Disaat itu, gigih menunggu,
Siren jam 2.05 bergemuruh,
Bertempiaran lari, menuju DS dek kerna hari ini nasi lauk ayam,
Tdak di hari sabtu,
tiada larian bernafsu,
tiada acara potong Q di DS,
gara-gara ikan jaket (-_-'')
Hanya berlaku di situ.

Aku rindu kamu,
Jam 3 muka ketat,
terhegeh-hegeh panjat tangga,
Selipar jepun ditahan dipuncak sana,
Lempangan maut hadiah awal petang,
masuk kelas lambat,
Baca yaasin jam 3 petang,
Ini kerja gila,
Malam jumaat pon tidur time baca yaasin,
Aduh! Aku rindu kamu,
Zaman dahulu.


Aku rindu kamu,
Azan maghrib da menjelma,
Hon motor beliau membingitkan keheningan waktu senja,
Bergegar blok,
Dikerah, dipaksa,
Berjalan muka toya,
Cukup tidak ikhlas menuju ke surau,
Buat mereka yang masih merokok di toilet,
Berjaga-jaga,
Silap-silap 20 batang sekaligus kene sedut,
Dan ini berlaku hanya di zaman dahulu.

Aku rindu kamu,
Jam 10.15,
Beg kemas dan rapi atas meja,
siap siaga bertempur,
Nasi lemak, Burger menunggu di bawah sana,
Disaat kepala terbayang makanan,
Hon motor itu bergegar lagi,
Aduh! Hilang mood aku,
Hanya di zaman itu.


Aku rindu kamu, zaman sekolahku.





Sedikit picisan memori di zaman sekolah.
sila tinggalkan komen kalau anda punya pengalaman sekolah mcm aku. hahaha



No comments: