Tudung kelabu ala-ala Hana Tajima, Cardigan kelabu, Baju tee bercorak Mickey Mouse, Jeans hitam kepudaran warna, selipar flipper merah jambu. Ya, itu penampilan pertama kau. Menarik. Ya, kau berjaya menarik perhatian aku. Dari rak kanan ke rak kiri. Penuh teliti kau melihat kasut dan selipar yang aku pun tak tahu apa nama spesifiknya. Yang aku tahu Cuma Selipar jepun dan sneakers, Kolot bukan?
Kau berlalu depan cermin 7 kaki itu, Cantik! Ya. Penampilan kau sungguh cantik. Raut wajah mu yang putih, tanpa mekap yang tebal. Sudah membuatkan hatiku gundah. Resah. Setelah puas kau meneliti setiap pasang, kau hulurkan padaku sepasang kasut hitam. High heels.
Aku terpinga-pinga. Kau diam membisu.
Adakah kita pernah berjumpa sebelum ini?
Adakah kau meminta untuk aku bayarkan kasut ini sebagai tanda perkenalan?
Adakah kau bekas kekasih hatiku?
Aku hanya mampu tersenyum. Namun senyuman yang punya 1001 persoalan.
Kau?
Masih diam. Membalas senyuman aku? Harapan.
Kau keluarkan sekeping kertas.
Lagi 1001 persoalan bermain dalam fikiran aku, apa ini? Apa kau mahu menulis nombor telefon kau?
Bagus juga, boleh jadi teman dikala aku bosan, bisik hati aku.
Kau keluarkan sebatang pen, Pilot Rexgrip berwarna biru. Lalu kau tulis nombor 7.
Kau hulurkan padaku. Oh. Kau minta saiz 7. Ya sekarang aku faham. Dan aku berlalu kearah stok kasut yang bersepah itu. Dan begini rutin harian aku sebagai seorang promoter kasut di kedai kasut wanita.
Usha awek itu lumrah.Mencuci mata. Silap-silap dapat buat bini.Haha.
Tapi aku masih blur mengapa kau diam dan tidak bersuara. Bukan setakat suara, senyum pun tidak.
Adakah kau bisu?
Aku hulurkan kasut saiz 7 itu, dengan senyuman yang paling ikhlas. Tapi kau? Muka seperti tiada apa yang berlaku. Tidak membalas senyuman ikhlas aku ini. Kecewa. Rupa ada, tapi berlagak. Bisik hatiku.
Dan kau berdiri dihadapan cermin 7 kaki itu lagi, tiada lagi flipper merah jambu, tapi berkasut tumit tinggi hitam. Aduh sekali lagi kau tampak begitu cantik. Aduh! Adakah ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Betul! Hatiku tidak tenteram. Jantungku kencang.
Kau hulurkan aku kertas bertulis,
Kau hulurkan aku kertas bertulis,
Bang, berapa harga? Tak ada discount ke?
Dan waktu itu, kau masih tidak senyum. Muka ketat.
Aku menunjukkan isyarat nombor 5, Bermaksud RM50 untuk sepasang kasut itu.
Apa kau betul-betul seorang bisu? Tanya hatiku yang serabut ini.
Dan kau mengangguk tanda setuju, Kau hulurkan aku not RM50. Disaat aku sedang meletakkan kasut tersebut didalam beg plastic. guruh kedengaran, diikuti suara Eminem rap. Ringtone handphone si gadis ini, Stan – Eminem ft. Dido.
Hello, aku dekat kedai kasut depan la, kejap-kejap tengah bayar. Lagi 5 minit aku sampai. Tunggu aku tempat tadi.
Ternyata dia tidak bisu, Dia boleh bercakap. Dia menjawab panggilan itu. Tapi dia bercakap sambil menutup mulutnya dengan tangan. Apa yang telah berlaku. Aku masih dalam keadaan blur dan terpinga-pinga.
Dan kau mengambil beg plastic itu dan berlalu pergi. Dan senyuman terakhir kau membuat hatiku hancur. Alangkah tergamamnya aku, kau senyum padaku. Ya, kau senyum padaku. Betul-betul ikhlas kau senyum padaku. Tapi, mana pergi semua gigi kau? Tiada gigi walaupun sebatang. Aduh! Muka cun tapi tiada gigi. Dan sekarang aku faham mengapa kau bercakap sambil menutup mulut.
No comments:
Post a Comment