Wednesday, July 20, 2011

Kau Yang Maha Hebat

Siapa kau?
Adakah kita bersahabat?
Siapa aku?
Kau kenal aku?
Kau tahu siapa aku?
Bagaimana kau kenal aku?
Kantoi! Kau skodeng aku.

Siapa kau?
Muka kacak,
Badan tegap.
Model? barangkali,
Artis? mungkin [tidak glamour]
Aku kau kenali,
Kau aku tidak kenali.
Kantoi! Kau tak glamer.

Meradang gembira,
Menangis terkinja-kinja,
Mabuk mungkin,
Mabuk, mabuk dan kau mabuk lagi,
Mabuk dengan dunia kau.
Dunia yang kau anggap kau yang punya.
Segala-galanya.


Bangun kawan!
Kau tidak aku kenali,
Tapi kita sama bukan?
makhluk Tuhan dibumi ini.
Bangkit kau dari mabuk kau.

Mana hilang? rasionaliti.
Mana pergi? akalmu.

Emosi semata-mata.


Kau bukan lembu,

Jangan jadi lembu sebab kau punya akal untuk berfikir.

1 comment:

ANISA said...

wahhh...tgh mood berpuisi