Petang sunyi dan sepi. Dan mereka masih diulit mimpi indah barangkali. Aku gagahi masih menetap di hadapan lappy. Menulis entri. Paper exam esok masih belum habis study.
Argh! lupakan sebentar perkara study. Aku inginkan sesuatu untuk komuniti rakyat bumi.
Mesti korang masih ingat kejadian gempa bumi dan tsunami di Japan tempoh hari bukan?. Ditambah dengan pelbagai masalah seperti kejadian kebocoraan loji nuklear.
Dan ada sesetengah pihak menjangkakan bahawa kejadian Chernobyl telah berulang. Dengan kebetulan pabila entri ini ditulis, 2 hari selepas sambutan ke-25 sambutan memperingati kejadian hitam itu.
Berbalik kepada tajuk entri aku kali ini, Pernah terjumpa ayat itu?
Mungkin sekiranya korang adalah pengguna facebook tegar, maka anda berpeluang besar dalam menjumpai ayat ini.Nak dipendekkan cerita, ini ialah satu inisiatif sesetengah pihak dalam membantu mangsa-mangsa di Japan. Aku bukan salah seorang dari mereka, namun aku begitu teruja dengan cara dan inisiatif yang mereka lakukan. Kita sebagai masyarakat bumi, tidak perlu mengharap kan pihak-pihak berwajib dalam menyalurkan bantuan. Ia bermula dari kita sendiri.
Walaupun bantuan yang diberikan tidak begitu banyak, namun 'lebih baik dari hanya melihat'.Buat pengetahuan semua, mereka menjual T-shirt. Jadi sekiranya anda berminat anda boleh mengorder baju dari mereka sambil menderma.
Aku bukan nak mempromosi atau apa. Tapi sekiranya korang berminat boleh dapatkan baju yang dijual. Dan RM10 dari harga jualan akan didermakan kepada mangsa-mangsa di Japan.
noTAngan:- aku bukan agensi mereka yang diupah untuk menulis berkaitan aktiviti mereka. namun atas dasar kemanusiaan, aku menyokong aktiviti ini.
5 comments:
menarik..tapi aku xpernoh nmpok pn lam facebook tu..huhu
menarik :)
Ape lagi.. Spread the l0ve! Sebarkan!
bgsnye...hope org jepun kt cni taw menghargainye..^_^
tanks guys... mintak share la ye... spread the love!
Post a Comment