Sahabat. Kawan. Rakan.
Tanpa mereka hidup kita sendiri. SEPI.
Bangun tidur pergi kelas/kerja jumpa KAWAN.
Lepak-lepak tengok bola dengan KAWAN.
Aku tertarik dengan 1 lagu, Sahabat Selamanya- Padi.
Lagu ini menjadi OST Upin & Ipin.Lagu yang catchy dan simple tapi besar mesej yang ingin ditonjolkan.
Seperti yang diketahui umum, Malaysia dan juga Indonesia mempunyai beberapa konflik. Dan konflik yang tidak tahu bila yang bakal menemui penghujung. 1 Rumpun melayu, Malaysia dan Indonesia bersaudara. Namun segelintir dari kita masih tidak sedar dan bersikap ego. Ada sahaja point-point yang digunakan untuk memburukkan lagi keadaan.
INGAT!
Kerna nila setitik rosak susu sebelanga.Bukan semua yang rakyat Malaysia & Indonesia itu jahat. Dek kerna mereka yang berfikiran dangkal dan cetek ilmunya, mereka menjadi api dalam sekam. API yang memburukkan keadaan dua negara yang aman. Boleh tengok print screen dari komen-komen di youtube. Bukan semua kutuk-mengutuk antara satu sama lain. Masih ramai diluar sana yang inginkan perpaduan. perSAHABATAN.
SIAPA?
Siapa yang harus dipersalahkan dalam kejadian ini? Mereka yang berfikiran dangkal. BODOH. EGO. Berfikiran kolot. Menghina, Mencaci sesama sendiri. Semua sama. Indonesia dan Malaysia. Mereka yang bodoh sahaja menyalak di laman sosial.Caci-maki sesama sindiri. Apa dapat? Perjuangan KOTOR!
INGAT! kita juga saling memerlukan. Kalau tidak masakan kerajaan dua buah negara ini menjalinkan hubungan saudara.Aku berdiri bukan dipihak rakyat Malaysia dek kerna aku rakyat bumi Malaysia. TIDAK! Aku berdiri di atas jalan keamanan. Indonesia, Malaysia, putih, hitam, tinggi, rendah, miskin, kaya. Tiada diskriminasi. Fikirlah!
p/s- Entry ini bukan untuk mengapi-apikan keadan. namun buat anda berfikir.
Ini hanya pendapat peribadi aku.Maaf buat mereka yang terasa. Sesiapa yang terasa,anda adalah penyumbang kepada perpecahan.!
No comments:
Post a Comment