Kala malam bulan mengambang,
Disebalik bulan masih ada matahari,
Disebalik sana.
Bukan disini.
Dikutub sebelah lagi.
Khamis datang lagi.
Masih lagi 24 Jam.
Tidak lebih dan tidak kurang.
Sedikit berbeza.
Tidak seperti sediakala.
Peperiksaan akhir akan bermula.
Bermula sudah ujian,
Gagal lulus bukan diinginkan,
Tapi ilmu yang diserap itu menjadi ujian.
Seperti yang dijangkakan,
Banyak ilmu yang diserap banyak juga yang akan digarap atas kertas jawapan.
Namun,
Blur, Blank, Lupa.
Ungkapan biasa keluar setelah tamat exam.
Pernah terfikir mengapa perkara ini berlaku?
Pintu hati tertutup barangkali.
MENGAPA?
Tepuk bahu tanya jiwa.
Dosa dengan yang lain masih bersepah,
Perangai nakal.
Sesungguhnya aku seorang yang nakal.
Aku tidak jahat. Tetapi NAKAL.
Dan aku percaya matahari disebelah sana akan sentiasa bersinar sekiranya aku mencarinya.
Kemaafan takkan terhapus tanpa kita pinta.
Dan aku masih lagi percaya,
Blur, Blank, Lupa akan datang sekiranya kemaafan tidak ku pinta.
Bulan takkan terang tanpa kehadiran mentari.
noTAngan : Aku ingin memohon maaf buat semua yang pernah aku buat silap. Mungkin susah nak memaafkan aku kerna ke'jahat'an lampauku. Mungkin aku boleh diberi peluang. dan terima kasih aku ucapkan sekiranya aku dimaafkan. sekian.
No comments:
Post a Comment