Sebelum ini aku pernah tulis tentang mentaliti dan ketaksuban rakyat Malaysia disini.
Kau siapa?
Persoalan yang sama aku timbulkan.
Kau akan marah sekiranya aku hina dan caci kau. Barangkali aku juga akan naik angin kalau diperkatakan seperti begitu. Tapi kelakuan kau?
Ok. Mungkin masih ramai yang blur dan terpinga-pinga. Apa yang aku membebel malam ni.
Buat yang masih belum tahu, terutama yang tidak berada di Malaysia atau yang sibuk layan perkahwinan putera William dengan Kate.
Petang tadi berlakunya kejadian sumpah laknat oleh Dato' Eskay berkaitan video lucah Anuar Ibrahim.
Ok aku bukan ingin mempersoalkan apa yang beliau buat dan mengapa beliau buat. Itu bukan urusan aku. Itu urusan beliau dan Yang Maha Esa.
Apa yang menjadi tarikan aku, kejadian yang berlaku sebelum beliau mengangkat sumpah. Berlaku kekecohan diantara penyokong DI DALAM RUANG SOLAT MASJID!
Apa ni? DALAM MASJID kowt. Apa kau fikir itu rumah mak ayah kau yang punya?
MASJID la. Mana pergi hormat kau terhadap rumah Allah?
Aku tidak berada di tempat kejadian. Tapi aku tahu melalui berita TV3 tadi.
Sedih. Malu. Apa kau fikir itu rumah sewa? rumah tumpangan?
ITU RUMAH ALLAH. Rumah Ibadat. FAHAM?
Aku jumpa video kekecohan dekat web ni.
Rasa kesal mengenangkan sikap rakyat yang mentaliti masih ditahap ketiga. Jangan melenting. Jangan Naik angin.Taksub? Itu kau saja yang jawab. Kalau semua budak tadika atau budak sekolah rendah yang berebut mainan power ranger, aku boleh terima. Kau siapa? Dah ada anak barangkali. MALU LA SIKIT. Mana pergi rasa hormat kau pada rumah Allah?
Aku diajar oleh cikgu-cikgu time sekolah dulu. Sekali kena tangkap main lari-lari dalam surau, kena lempang. Sembang dalam masjid kena lempang. Sekarang? Kau mahu tunjuk samseng dalam masjid? SAMSENG kah kau?Kalau kau hilang hormat pada orang ramai, aku boleh terima. Bersongkok, berkopiah tapi hilang hormat pada Pencipta. Kau jangan ingat kau cukup hebat. Dalam kalangan manusia mungkin. Di sisi Tuhan? Jangan tanya aku. Kau mampu menjawab dengan sendiri soalan ini.
Ok.Aku bagi perumpamaan mudah. Sekumpulan manusia masuk rumah kau, bikin kecoh. Apa perasaan kau? Marah? Marah manusia kau selalu lihat. Amarah Tuhan? Jangan cabar Tuhan kau!
Kasar mungkin ayat aku ini. Aku tidak sehebat ahli ulama'. Tapi aku tahu dan aku malu.
Rakyat UK gembira menyambut perkahwinan Putera William.
Rakyat Afghanistan berperang untuk hidup.
Rakyat Malaysia?
Bukan aku nak tulis tentang politik. Bukan minat aku. Harap maaf.
noTAngan : Buka mata. Jangan sampai nafsu menguasa diri.
7 comments:
Hemmm. Aku tatau pape pasal ni kot. Yang aku tau pasal pkahwinan putera william pon kat Reader Digest.
Pasal video ni susa la nak cakap.
Rakyat Msia macam dah hilang kebebasan bersuara. Kalo salah cakap ISA. Demokrasi macam da ilang. Ko penah tengok video Ulama' UMNO ulas kes Anwar Ibrahim? Ko carila kat UTUBE. Banyak nasihatnya. Thanks for sharing this.
Aq suke tgk dan tulis. Aq hanya tgk ape yang berlaku. Bebas hanya pada name. Aq tak suke sgt 2lis pasal p0litik mesia. Dan aku tak suka p0li+ik. Penuh muslihat.
Entri ni aq nak lepas geram buat semua pny0k0ng p0li+ik tegar. X kire kerajaan atau pembangkang. Semua sama. Dan mempermainkan agama. aq mungkin x layak menyentuh pasal agama. Dan aku kurang selesa apabila 0rg mempermainkan agama aq. Hahaha
Aku pn ta suka. Betul la tu apa ko cakap. Aku sendiri sekarang da nak masuk 21 masih mecari apa yang betol dan apa yang salah. Apa hala tuju kerajaan kita kalo kita pilih itu dan ini. Tengok politik uni pon da macam apa...
Apatah lagi realiti.
Bt0l2. Aq rimas gak kadang2. Dan aku akan terus menulis di laman ini untuk mengutarakan pendapat aku. Dan aku tahu, kadang2 apa yang aku utarakan ramai yang tak selesa. Kesah plak aku. Ini hak aku. Bebas bersuara selagi aku tak melanggar larangan kebebasan bersuara. Hahaha.. Teruskan baca bl0g aku. Kau mcm da lame x menulis je. Haha
Tulis la seberapa banyak ko nak tulis. Aku akan terus mbaca. i'Allah.
Aku memang da lama ta menulis. Sekarang baru mula balik. Heheh
tanks saf! ko pon klau update mai singgah sini tinggalkan trace...aq follow ko tapi x larat nak tgk sape yg update...sume slalu update...so sila roger2 aq...
n aku akan supprt ko.. ko la antare kawan yg aq knal melalui blog..hahaha.. :P
pergh, abg yusdi stail lah!!!
Post a Comment