Sunday, May 01, 2011

Kehidupan Manual Yang Mencabar

Bangun pagi, masih mamai. Mengantuk. Dengkuran yang lain masih lagi kedengaran.
Argh! Subuh hilang lagi. (-.-'')


Hidup. Susah. Mencabar. Banyak dugaan. Menarik kadang-kadang.

Transmisi kehidupan berbeza mengikut individu itu sendiri.


Automatik - Mengikut aturan yang ditetapkan.
Manual - Mencari haluan kehidupan sendiri.



Aku punya pendirian sendiri tentang kehidupan. Automatik dan Manual kadang-kadang harus bersama.
Dan kadang-kadang takkan boleh bersama. Definisi Automatik dan Manual itu berbeza mengikut pendirian sendiri. Jangan ikut pendirian mereka. Ikut gerak hati mu.
Dan bagi aku, kehidupan aku lebih mencabar kerana jiwa aku tetap meronta ingin bebas. Bebas berfikir walau fikiran aku kadang-kadang kurang waras.
dan aku tetap berpegang pada satu quote berkaitan kehidupan.

Pengalaman Mengajar Erti Kehidupan

Dan bagi aku, pengalaman itu yang akan mengajar kita untuk terus hidup.
Pengalaman anda ditipu rakan.Anda menjadi lebih berhati-hati untuk berkawan.
Pengalaman gagal dalam percintaan.Anda akan lebih jauh berfikir untuk kekal bersama.
Dan kita tak akan dapat merasai pengalaman sekiranya tidak mengalaminya sendiri.

Hebat bukan pengalaman itu?






Aku berhak untuk bersuara, selagi aku berdaya.
Aku akan terus bersuara, selagi aku bernyawa.
Suara,
Bukan hanya di bibir.
Akan bersuara melalui keyboard ini.
Itulah Suara Dari Keyboard.

8 comments:

yeb said...

smart di....kemah molek

ѼdakulalaѼ said...

yeah! gini la aku..hidup berpegang pada falsafah sendiri..hahaha

IQ = Iez Qis said...

pengalaman adalag guru terbaik!

ѼdakulalaѼ said...

btol2... tanpa pengalaman kita nie semua sama.

chalok said...

racecar driving experience?

ѼdakulalaѼ said...

chalok - daym! aq dengki sama kamu

lemongrassbeam said...

Berseni la weyh.
Dari gambar sampai ke entry.
10 bintang utk yusss!

ѼdakulalaѼ said...

tanks saf... nie aq amek pakai film biase. crop n letak frame ala2 pakai film 120..hehehe...:)