Dan 13 Mei kembali. Perkauman. Isu sensitif. Nyawa hilang. Dan bagi mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa ini, sila buka buku sejarah. Dan aku masih pudar dan samar-samar tentang ini. Namun apa yang aku jelas ia berkaitan isu perkauman. Dan bagi aku isu ini tidak menjadi sesuatu yang serius sekiranya, rakyat kita punya rasa cinta akan keamanan dan keharmonian.
Dan apa yang aku rasa, isu bunuh membunuh 13 Mei ini berlaku akibat cakap-cakap berkaitan kejahatan dan keburukan kaum lain.
Bagaimana mereka tahu? Mungkin mereka lihat barangkali.
Adakah mereka cukup kenal kaum itu sehingga sanggup melabelkan mereka sebagai penjahat?
Hari lepas biar berlalu. Yang baik dijadikan pegangan. Yang buruk itu kita buang.
Dan 13 Mei kembali. Beberapa hari lepas aku terdengar berita bahawa ada sesetengah pihak membangkitkan isu berkaitan perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam perlembagaan. Agama rasmi, bahasa rasmi dan beberapa perkara lagi. Dan aku boleh jangka perkara yang pernah berlaku hampir 40 tahun dulu akan berlaku lagi. Dan aku harap mereka yang berkaitan sila ambil tindakan. Jangan cakap tidak serupa bikin.Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya sikap toleransi itu ada. Tinggalkan sikap ego itu. Dan aku rasa, masih ramai yang tidak mahukan perkara ini berulang. Kami hanya rakyat biasa. Mahukan kehidupan harmoni.
No comments:
Post a Comment