Muka ganas, hati kaca.Quote yang biasa kita dengar. Tapi biasa ia dikaitkan dengan seorang mamat yang berpewatakan ganas namun seorang yang jiwang karat. Itu pendapat masing-masing.
Namun bagi aku, maksud itu berdasarkan pemikiran kita sendiri. Tahap kematangan otak kita untuk berfikir. Dan aku menganggap ayat itu melambangkan, bahawa seganas mana perwatakan kita, masih ada sekelumit rasa kasih sayang dalam jiwa kita. Dan kasih sayang itu bukan hanya pada kekasih, namun buat semua. Hidup atau mati. Terpulang.
Dan bagi aku sendiri, aku BENCI kekerasan. Dan buat mereka yang masih berfikiran kolot dan berfikiran kanak-kanak, jangan jadikan pergaduhan itu suatu jalan penyelesaian. Jangan tunjukkan keBODOHan anda dengan buku lima anda yang tidak seberapa. Muscle anda mungkin besar, namun otak anda sungguh kecil. Duduk satu meja, berbincang, diskusi. Itu lebih baik bukan?
Mencerna minda, Tanpa kekerasan. Sedikit tolak ansur. Selesai masalah bukan?
Dan jangan jadikan kekuatan buku lima semata-mata untuk memenangi hati mereka. Dan kau seorang pengecut!
Jadikan kekuatan minda anda berfikir untuk memenangi hati mereka. Dan itu lebih baik bukan?
No comments:
Post a Comment