Sunday, May 15, 2011

Ucapan Hari Guru

16 Mei.
Hari Guru muncul lagi untuk tahun ini. Ucapan terima kasih buat semua guru di seluruh dunia. Tanpa anda semua, tiada mereka yang berguna.

Siapa guru?

Cikgu, guru, ustaz, ustazah, teacher, lecturer. Apa nama sekalipun, anda tetap seorang tenaga pengajar.

Siapa guru aku?
Tipu kalau aku cakap aku tiada seorang cikgu. Itu satu penipuan yang tidak boleh diterima akal. Dan aku rasa aku punya cikgu yang ramai. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sekolah memandu dan universiti.

Aku punya definisi tersendiri untuk Hari Guru. Bagi aku semua manusia berhak menerima ucapan hari guru. Bagi aku guru bukan hanya mereka yang berpakaian kemas, masuk kelas jam 7.30 pagi, mengajar, bagi homework dan denda pelajar sekiranya tak siap kerja. Bagi aku, guru itu ialah semua. Semua yang pernah memberi tunjuk ajar. Formal atau tidak formal. Bukan hanya berpandukan buku teks semata-mata.

Ucapan terima kasih buat mereka yang pernah menjadi guru aku.

1) Mak dan Ayah aku - Terima kasih Umi dan Pa. Walau mereka tidak punya pendidikan formal. Namun mereka adalah 'guru' pertama aku. Mereka yang mengajar aku dari kecil. Merangkak. Berjalan. Berlari. Dan kesan tunjuk ajar mereka itu, aku mampu berjalan ke hari ini. Alhamdulillah. Terima kasih. Bagi aku, banyak pendidikan yang diajar oleh mereka berdua. Cuma aku, sedikit degil untuk mengikut kata mereka. Hahaha.


2) Keluarga - Terima kasih buat mereka. Walau mereka tidak punya ijazah dalam pendidikan (kecuali kakak sulung aku, dia juga seorang cikgu sekarang), namun mereka banyak mengajar aku. Mengajar aku mengayuh basikal. Memasak dan sebagainya. Tanpa ijazah, namun mereka masih mengajar aku bukan? bukankah itu digelar ilmu? Dan mereka yang menyampaikan ilmu itu layak untuk digelar guru bukan? Terima kasih. Alhamdulillah aku punya mereka.


3) Cikgu-cikgu / lecturer-lecturer / ustaz-ustaz / ustazah-ustazah - Siapa anda? Tanpa mereka aku tak punya apa-apa. Terima kasih. Aku banyak terhutang budi untuk mereka. Sesungguhnya mereka banyak mengajar aku ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu telah dicurahkan. Hanya aku yang menentukan untuk menggunakan ilmu itu atau pun tidak. Walau aku sentiasa fail dalam exam. Namun jasa, penat lelah anda semua akan aku kenang. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sekolah memandu dan universiti. Semua punya ilmu yang berlainan. Maafkan aku. Aku tak dapat nak banggakan anda semua. Yurp! Aku banyak berhutang budi dengan mereka. Lempang. Denda. Maki hamun depan orang ramai. Itu semua aku akan kenang. Bukan sebagai dendam. Tapi sebagai peringatan. Terima kasih. Alhamdulillah aku punya mereka. Sanggup tinggalkan keluarga untuk mengajar pelajar yang sedikit bermasalah macam aku.


4) Kawan-kawan - Tipu kalau aku cakap aku tak punya kawan. Rapat atau tidak. Itu belakang kira. Dan aku amat bersyukur kehadrat Ilahi kerna aku punya ramai kenalan. Dan kawan-kawan aku banyak mengajar aku. Walau mereka tidak punya Ijazah dalam sesuatu bidang namun mereka banyak mengajar aku. Menulis blog, fotografi,  dan banyak lagi barangkali. Walau hanya mengajar aku untuk format laptop. Namun ia tetap ilmu bukan? Jadi mereka berhak untuk terima penghargaan ini. Dan aku rasa mereka telah mengajar aku perkara yang tidak diajar dalam kelas selama ini. Terima kasih rakan-rakan. Backstabbers merupakan kawan yang paling banyak mengajar aku .Mengajar aku untuk lebih rasional untuk memilih kawan. Bukan seperti korang.

5) Komuniti - Dan aku rasa komuniti rakyat sekeliling aku juga banyak mengajar aku. Mengajar aku untuk hidup 'bersama' mereka.



Dan maafkan aku sekiranya korang tidak tersenarai. Aku rasa aku tak mampu hidup sehingga ke hari ini kalau para 'guru' aku tiada. Sepi. Siapa yang bakal memberi tunjuk ajar untuk aku kelak? Anda semua adalah guru. Dan mengapa sambutan hari guru hanya disambut di sekolah-sekolah? bukan di semua tempat? Itu terpulang kepada mereka. Mereka yang mendefinisikan guru itu. Dan bagi aku sambutan hari guru dilakukan disekolah sebab mereka yang paling banyak berkorban untuk men'nyekolah'kan anda semua. Penghargaan perlu diberikan untuk semua guru di Malaysia. Tanpa anda semua, tiada mereka yang memimpin negara ini. Tanpa anda maka tiada masyarakat berguna. Terima kasih sekali lagi. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka sekiranya anda tersenarai dalam kelima-lima kategori diatas! Tahniah! Anda mendapat pahala yang cukup besar. :)




Haha. Gara-gara tak siap kerja sekolah. SILA MERANGKAK DALAM LONGKANG. hahaha!!!


Gara-gara datang lambat. YEAH! Sila menjemurkan diri anda. hahaha!!!!


noTAngan - Buat mereka yang pernah mengajar aku. Terima kasih aku ucapkan. 
-Sekolah Tadika Kemas Ladang Jaya, Sungai Tong, Setiu.
-Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu,
-MRSM Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
-Kolej Matrikulasi Kedah.
-UiTM Shah Alam.

Dan penghargaan paling meriah aku ucapkan buat mereka yang pernah lempang, denda, aku time aku sekolah dulu. INGAT! Aku akan kenang jasa mereka, bukan sebagai dendam. Tapi sebagai kenangan. Terima kasih.
:-)



1 comment:

Anonymous said...

anda juga guru saya ;)