Sunday, May 15, 2011

Ahad indah yang cerah

Hari ahad kembali. Hujung minggu. Hajat mengganti segala hutang tidur.



Selamat pagi! Walau tengah hari, aku rasakan ada idea untuk menulis. Bukan tulisan yang ingin di kejarkan, Namun isi. Walau durian punya luaran yang berduri, namun isi tetap sedap.

Ok. Dan seorang rakan Facebook mengkhabarkan beliau punya keinginan murni, membukukan segala tulisan beliau. Dan aku gembira untuk itu. Beliau telah lama menulis. Dan punya sumber inspirasi yang banyak. Dan perkhabaran itu mungkin menjadi titik tolak untuk aku juga terus menulis. Membukukan hasil tulisan aku kelak. Hahaha. Angan-angan sahaja. Namun beliau menolak idea bernas aku untuk menerbitkan buku untuk pasaran. Katanya hanya untuk simpanan peribadi. Aduh! Jangan dibiar bakat itu wahai rakan. Cukup membaca tulisan sejak 2 minggu lalu, Aku dapat rasakan beliau punyai idea dan bernas dalam penulisan. Dan beliau banyak membaca. Itu punca utama barangkali.

Aku? Baca?
Ikut mood. Haha.

Azan zohor telah berkumandang. Ayuh! mandi dan makan.

3 comments:

Unknown said...

kenapa dia tidak mahu publishkan hasil kerja dia..kan dapat menfaat bersama disamping dpt pendptn sikit..

Dakulala said...

hahaha. no komen. tanya empunya badan~

hepimepi said...

nak tambah kepada 3 ketidakpuashatian