Sunday, May 22, 2011

AKAR dan KUKUBESI

1 event yang aku rasa amat bagus. Berjaya mengumpulkan ramai penggiat seni fotografi. Berlainan genre bukan penghalang untuk bersama. Namun aku. Seorang lebih mudah. Bebas. Sedikit anti-sosial. Pelbagai gear dari digital ke filem. Semua ada.




Sedikit gambar mungkin menceritakan segala-galanya. Maaf! Tiada gambar aku snap. Hanya 2 keping gambar bro Azlan @ M.A.M08. Hahaha. Sedikit segan. Dan part paling aku tunggu phototalk oleh bro Azlan. Memang bermakna. Dan beliau merupakan idola aku dalam film photography. Serius bagi aku gamabr yang dibuat itu mempunyai maksud tersendiri. Dan aku akui, aku tidak sehebat yang lain. Mampu menilai gambar dan cerita disebalik sekeping gambar.

Aku sangat-sangat bersetuju dengan beberapa perkara yang beliau utarakan. Dan aku dapat rasakan bahawa entry aku berkaitan Arahan dan Kritikan turut tepat dengan apa yang beliau suarakan. Kita lebih skeptikal dengan memberi komen dan kritikan. Dan membiarkan si penerima menjadi terpinga-pinga. Apa yang perlu  dibaiki. Dan akhirnya kita mengambil masa untuk berkembang. Jauh ditinggalkan mereka yang telah mengetahui rahsia disebaliknya.

Dan aku sangat teruja melihat hasil yang beliau hasilkan. Jauh lagi teruja melihat seorang awek tidak berpakaian menari-nari di tengah khalayak ramai. Dan idea beliau seakan-akan idea penulisan aku. Sedikit pandangan dan luahan berkaitan dunia luar. Dunia yang punya persepsi yang berbeza mengikut jasad yang berbeza. Dan hasil seni beliau sedikit sebanyak mengajar aku kenal dunia. Dunia dari sudut pandangan mata hati aku. Berbeza dan lain.


When there is no boundary. Now you'll know the truth behind it.
The 2 different identitiy will expose once the boundary has let him go away.
Move freely. Naked. Let all his stuff behind. to find the truth. without any other influence.


Canon AT-1
Fujilfilm superia Xtra-400 (Convert to BnW in PS)

Hidup hanya berteman lampu fluoresence. suram dan sunyi.NurMu masih jauh dihadapan.Dan aku bergerak kearah itu.



Canon AT-1
Fujilfilm superia Xtra-400


Terima kasih saudara Azlan. Anda seorang yang hebat kerna mampu mengubah manusia. Mengubah pemikiran aku walau secara tidak sedar. Menjadikan aku(insyaAllah) lebih menghargai kehidupan.

1 comment:

Anonymous said...

gua suka kukubesi...
tp bestkan ko dpt kumpul kt event² cmtu...