Hebat memberi kritikan. Bermakna kah ia? Memberi perubahan kah ia?
Itu belakang kira. Janji kita mengkritik.
Tapi. Sedar atau tidak kita lebih banyak mengkritik dari memberi idea. Sesungguhnya kritikan itu mudah.
Mengharapkan perubahan dengan kritikan? Kritikan berbau perlekehan. Menghina.Itu sifat kita.
Perubahan perlukan arahan. Tepat. Bukan songsang. Arahan harus jelas. Terang.
Kau tampak hebat memberi kritikan. Siapa kau?
Toleh kedalam cermin retak seribu.
Kau punya rupa lebih teruk dari itu.
Sedar atau tidak. Kita serupa. Lebih hebat mengkritik dari membantu.
Kau kritik aku dengan pedas. Padu dan cukup gah. Sedar atau tidak kesilapan sama kau ulang. Siapa kau?
Sekali lagi kau mengkritik tindak tanduk aku. Apa kau suka melihat aku kecundang lagi? Siapa kau? Syaitan dari api atau malaikat dari cahaya? Suka melihat aku jatuh lagi. Kau kritik aku lagi.
Aku hilang punca. Kaunter pertanyaan kehidupan tidak dibuka. Hanya manusia seperti kau mampu mengkritik. Dan aku tidak memohon kritikan berupa nasihat-nasihat kosong.
“Nice dah tu, boleh cuba lagi.”“Apa ni? Macam budak sekolah punya kerja”“Tak bagus. Tiada kualiti”
Apa kau fikir kritikan begini aku mahukan? Kritikan yang membuat aku semakin hilang. Hilang. Terpinga-pinga. Dimana petunjuk? Petunjuk kepada perubahan. Dan apa aku mahu komen dan cadangan. Cadangan mungkin berbeza. Namun idea untuk perubahan yang lebih penting. Cadangan kau mungkin punya idea tersendiri. Namun aku akan cuba selami. Namun aku masih disini. Takuk lama. Tiada cadangan dari kau dan sekutu. Aku terus menunggu. Namun ka uterus member kritikan. Aku bertanya kau diam membisu.
Kau mahukan perubahan. Kau mengkritik tanpa cadangan.Terima kasih. Siapa kau?
Dengan teguran dan kritikan kau mungkin aku akan berguna kelak. Namun masa akan dipanjangkan kerna tiada cadangan diberikan. Terima Kasih.
noTAngan - Aku dan Kau tidak melambangkan sesiapa. Cuma melambangkan sikap kita. Aku dan kau. Sama bukan? cuma susunan huruf yang membezakan ia. Lebih mengkritik. Sendiri bikin silap.Dan itu sikap aku, barangkali sikap kau juga. Kesal. Dan aku dapat rasakan kekesalan itu.Namun masih begini. (-.-'')
3 comments:
Pergh! Aku suka entry nih. Mendalam! :D
kritikan memg perlu.
tp klu kritikan yg mbina tu tapela...
ni menjatuhkan...hm
smpi bila nk maju kalo keje nk jatuhkn org...
tanks zatty :)
saf- yurp. kritikan itu berguna sekiranya diselit komen untuk perbaiki kelemahan. setiap org punya pendapat berbeza. dan ini pendapat aku :)
Post a Comment