Tuesday, May 31, 2011

Rehat Itu Indah

Tinggal sendiri.
Masih bernyawa,
Berehat seketika.
Sampai bila?
Kita tunggu dan lihat. Tunggu sampai internet kembali bersama.

Rehat itu indah.

Monday, May 30, 2011

Aku Yang Kedua

Keluar!
Keluar!
Keluar!

Ku meronta-ronta dalam keadaan diam membisu.
Jiwa kecil merintih merayu,
Memohon roh Edward Hyde keluar,
Tinggalkan Dr. Jekyll sendiri.

Persona berbeda kata mereka,
Dan aku masih berjuang melawannya,
Tinggalkan aku wahai second persona,
Terperangkap dalam jasadku yang pertama.

Sunday, May 29, 2011

Tulisan Kosong

Kosong.Jangan dahulukannya.
Kecil nilainya.
Tinggalkan kosong dihujung moga besar nilainya.

Penuhkan kehidupan di awal waktu dengan sesuatu yang berguna,
Moga kelak kita tidak terasa diri kosong.
Kerna kita akan ditinggalkan kosong.
Kosong tidak berharta, Kosong tidak berteman.
Di satu ruangan kosong.


noTAngan - Aku tulis semalam time tunggu kawan aku habis perform dekat Senyap Kafe semalam.

Thursday, May 26, 2011

Lalang Merah

Nama aku Lalang.
Walau arah hidupku tidak menentu. Kadang kiri kadang kanan. Namun aku punya tahap ketegasan yang tinggi.Tegas dalam segala hal.
Jangan cuba bermain dengan aku,
 Lalang Merah.



Wednesday, May 25, 2011

RM 3.90

Hadiah yang diberi oleh seorang sahabat.

Harga? Murah.
Keikhlasan? Tidak ternilai.

Terima kasih.


 

Kasih Sayang Yang Hilang

Jangan ditanya kemana mereka menghilang.
Mengapa mereka menghilang itu soalan yang patut ditanya.

Bayaran Kehidupan

Banyak. Berjuta-juta.
Siapa jangka?
Rare Earth kembali di bumi Malaya.
Membangkit amarah rakyat jelata.

Sejarah mengajar kita untuk tidak mengulangi sejarah yang bodoh.
Jangan fikir kami bodoh.

Dan siapa bakal duga?
Ayam berkaki tiga?
Kucing berkaki lima?
Lembu kakinya tiada?


Adakah ini bayaran buat kami rakyat jelata?


Monday, May 23, 2011

Sampai Di Sini Jodoh Kita

Terpisah dua,
Antara kita, tiada apa-apa
Kau pergi tinggalkanku.
Atas kehendak Tuhan yang satu.

Terpisah dua,
Kau bebas, aku merana,
Terbang diawangan,kau jauh melayang,
Aku terbaring jauh 7 kaki ke dalam.

Sunyi, sendiri, tiada siapa di sisi,
Setelah kau, mereka pula pergi tinggalkanku di sini,
Kau nyawaku,
Ku Jasadmu.

Dan ketibaan Mungkar dan Nakir membuatkan aku gusar.

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh di Hulu Langat

Al-Fatihah buat mereka yang pergi. Ajal maut ditangan Tuhan. Aku masih terkejut dan sedikit sedih mendengar berita semalam. kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat. Melibatkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.

KAJANG 21 Mei – Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

Jalan Terang

Gelap.Sempit.Lemas.
Disana sangat berbeza.
Terang.Luas.Bebas.
Aku sangat teruja.

Bergerak kedepan,
Mengesot. Penuh harapan.
Agar ku dapat sinar yang terang,
Selamat tinggal kegelapan.


AKAR dan KUKUBESI

1 event yang aku rasa amat bagus. Berjaya mengumpulkan ramai penggiat seni fotografi. Berlainan genre bukan penghalang untuk bersama. Namun aku. Seorang lebih mudah. Bebas. Sedikit anti-sosial. Pelbagai gear dari digital ke filem. Semua ada.


Saturday, May 21, 2011

Nasi Putih Tanpa Lauk




Nasi putih tanpa lauk. Kosong. Tiada apa yang boleh dihuraikan. Masin  tiada manis pun masih belum dirasa. Dan itu yang aku boleh katakan. Beberapa hari tanpa internet connection di kala saat genting dan punya urusan penting yang mengharapkan internet connection.

Aku tahu mungkin ramai akan berfikir bahawa aku seorang yang gila. Menghabiskan masa online pagi petang siang malam. Sila guna cermin Cinderella. Anda mungkin serupa. :-)

Dan urusan aku memerlukan Internet. Tanpa Internet tiada urusan aku dapat diselesaikan. Dan di saat ini aku sudah punya rakan yang sanggup membawa P1 Wimax untuk dikongsi bersama. Terima kasih rakan!.

Dan aku kembali.Menulis disini. Aku hilang buat beberapa ketika. Membuak-buak fikiran ingin menulis. :) Terima kasih buat mereka yang menyokong aku. Maafkan aku sebab tidak dapat turut serta membaca post terbaru anda. Tiada Internet.





Dan aku kembali menulis. Menyiapkan satu penulisan ala-ala fiction mengarut lagi meraban :)

Arahan Dan Kritikan




Hebat memberi kritikan. Bermakna kah ia? Memberi perubahan kah ia?
Itu belakang kira. Janji kita mengkritik.
Tapi. Sedar atau tidak kita lebih banyak mengkritik dari memberi idea. Sesungguhnya kritikan itu mudah.
Mengharapkan perubahan dengan kritikan? Kritikan berbau perlekehan. Menghina.Itu sifat kita.
Perubahan perlukan arahan. Tepat. Bukan songsang. Arahan harus jelas. Terang.

Kau tampak hebat memberi kritikan. Siapa kau?
Toleh kedalam cermin retak seribu.
Kau punya rupa lebih teruk dari itu.
Sedar atau tidak. Kita serupa. Lebih hebat mengkritik  dari membantu.

Kau kritik aku dengan pedas. Padu dan cukup gah. Sedar atau tidak kesilapan sama kau ulang. Siapa kau?
Sekali lagi kau mengkritik tindak tanduk aku. Apa kau suka melihat aku kecundang lagi? Siapa kau? Syaitan dari api atau malaikat dari cahaya? Suka melihat aku jatuh lagi. Kau kritik aku lagi. 

Aku hilang punca. Kaunter pertanyaan kehidupan tidak dibuka. Hanya manusia seperti kau mampu mengkritik. Dan aku tidak memohon kritikan berupa nasihat-nasihat kosong.

Nice dah tu, boleh cuba lagi.”
“Apa ni? Macam budak sekolah punya kerja”
“Tak bagus. Tiada kualiti”

Apa kau fikir kritikan begini aku mahukan? Kritikan yang membuat aku semakin hilang. Hilang. Terpinga-pinga. Dimana petunjuk? Petunjuk kepada perubahan. Dan apa aku mahu komen dan cadangan. Cadangan mungkin berbeza. Namun idea untuk perubahan yang lebih penting. Cadangan kau mungkin punya idea tersendiri. Namun aku akan cuba selami. Namun aku masih disini. Takuk lama. Tiada cadangan dari kau dan sekutu. Aku terus menunggu. Namun ka uterus member kritikan. Aku bertanya kau diam membisu.


Kau mahukan perubahan. Kau mengkritik tanpa cadangan.Terima kasih. Siapa kau? 
Dengan teguran dan kritikan kau mungkin aku akan berguna kelak. Namun masa akan dipanjangkan kerna tiada cadangan diberikan. Terima Kasih.


noTAngan - Aku dan Kau tidak melambangkan sesiapa. Cuma melambangkan sikap kita. Aku dan kau. Sama bukan? cuma susunan huruf yang membezakan ia. Lebih mengkritik. Sendiri bikin silap.Dan itu sikap aku, barangkali sikap kau juga. Kesal. Dan aku dapat rasakan kekesalan itu.Namun masih begini. (-.-'')

Sunday, May 15, 2011

Ucapan Hari Guru

16 Mei.
Hari Guru muncul lagi untuk tahun ini. Ucapan terima kasih buat semua guru di seluruh dunia. Tanpa anda semua, tiada mereka yang berguna.

Siapa guru?

Cikgu, guru, ustaz, ustazah, teacher, lecturer. Apa nama sekalipun, anda tetap seorang tenaga pengajar.

Siapa guru aku?
Tipu kalau aku cakap aku tiada seorang cikgu. Itu satu penipuan yang tidak boleh diterima akal. Dan aku rasa aku punya cikgu yang ramai. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sekolah memandu dan universiti.

Aku punya definisi tersendiri untuk Hari Guru. Bagi aku semua manusia berhak menerima ucapan hari guru. Bagi aku guru bukan hanya mereka yang berpakaian kemas, masuk kelas jam 7.30 pagi, mengajar, bagi homework dan denda pelajar sekiranya tak siap kerja. Bagi aku, guru itu ialah semua. Semua yang pernah memberi tunjuk ajar. Formal atau tidak formal. Bukan hanya berpandukan buku teks semata-mata.

Ucapan terima kasih buat mereka yang pernah menjadi guru aku.

1) Mak dan Ayah aku - Terima kasih Umi dan Pa. Walau mereka tidak punya pendidikan formal. Namun mereka adalah 'guru' pertama aku. Mereka yang mengajar aku dari kecil. Merangkak. Berjalan. Berlari. Dan kesan tunjuk ajar mereka itu, aku mampu berjalan ke hari ini. Alhamdulillah. Terima kasih. Bagi aku, banyak pendidikan yang diajar oleh mereka berdua. Cuma aku, sedikit degil untuk mengikut kata mereka. Hahaha.


2) Keluarga - Terima kasih buat mereka. Walau mereka tidak punya ijazah dalam pendidikan (kecuali kakak sulung aku, dia juga seorang cikgu sekarang), namun mereka banyak mengajar aku. Mengajar aku mengayuh basikal. Memasak dan sebagainya. Tanpa ijazah, namun mereka masih mengajar aku bukan? bukankah itu digelar ilmu? Dan mereka yang menyampaikan ilmu itu layak untuk digelar guru bukan? Terima kasih. Alhamdulillah aku punya mereka.


3) Cikgu-cikgu / lecturer-lecturer / ustaz-ustaz / ustazah-ustazah - Siapa anda? Tanpa mereka aku tak punya apa-apa. Terima kasih. Aku banyak terhutang budi untuk mereka. Sesungguhnya mereka banyak mengajar aku ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Ilmu telah dicurahkan. Hanya aku yang menentukan untuk menggunakan ilmu itu atau pun tidak. Walau aku sentiasa fail dalam exam. Namun jasa, penat lelah anda semua akan aku kenang. Dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sekolah memandu dan universiti. Semua punya ilmu yang berlainan. Maafkan aku. Aku tak dapat nak banggakan anda semua. Yurp! Aku banyak berhutang budi dengan mereka. Lempang. Denda. Maki hamun depan orang ramai. Itu semua aku akan kenang. Bukan sebagai dendam. Tapi sebagai peringatan. Terima kasih. Alhamdulillah aku punya mereka. Sanggup tinggalkan keluarga untuk mengajar pelajar yang sedikit bermasalah macam aku.


4) Kawan-kawan - Tipu kalau aku cakap aku tak punya kawan. Rapat atau tidak. Itu belakang kira. Dan aku amat bersyukur kehadrat Ilahi kerna aku punya ramai kenalan. Dan kawan-kawan aku banyak mengajar aku. Walau mereka tidak punya Ijazah dalam sesuatu bidang namun mereka banyak mengajar aku. Menulis blog, fotografi,  dan banyak lagi barangkali. Walau hanya mengajar aku untuk format laptop. Namun ia tetap ilmu bukan? Jadi mereka berhak untuk terima penghargaan ini. Dan aku rasa mereka telah mengajar aku perkara yang tidak diajar dalam kelas selama ini. Terima kasih rakan-rakan. Backstabbers merupakan kawan yang paling banyak mengajar aku .Mengajar aku untuk lebih rasional untuk memilih kawan. Bukan seperti korang.

5) Komuniti - Dan aku rasa komuniti rakyat sekeliling aku juga banyak mengajar aku. Mengajar aku untuk hidup 'bersama' mereka.



Dan maafkan aku sekiranya korang tidak tersenarai. Aku rasa aku tak mampu hidup sehingga ke hari ini kalau para 'guru' aku tiada. Sepi. Siapa yang bakal memberi tunjuk ajar untuk aku kelak? Anda semua adalah guru. Dan mengapa sambutan hari guru hanya disambut di sekolah-sekolah? bukan di semua tempat? Itu terpulang kepada mereka. Mereka yang mendefinisikan guru itu. Dan bagi aku sambutan hari guru dilakukan disekolah sebab mereka yang paling banyak berkorban untuk men'nyekolah'kan anda semua. Penghargaan perlu diberikan untuk semua guru di Malaysia. Tanpa anda semua, tiada mereka yang memimpin negara ini. Tanpa anda maka tiada masyarakat berguna. Terima kasih sekali lagi. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka sekiranya anda tersenarai dalam kelima-lima kategori diatas! Tahniah! Anda mendapat pahala yang cukup besar. :)




Haha. Gara-gara tak siap kerja sekolah. SILA MERANGKAK DALAM LONGKANG. hahaha!!!


Gara-gara datang lambat. YEAH! Sila menjemurkan diri anda. hahaha!!!!


noTAngan - Buat mereka yang pernah mengajar aku. Terima kasih aku ucapkan. 
-Sekolah Tadika Kemas Ladang Jaya, Sungai Tong, Setiu.
-Sekolah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu,
-MRSM Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.
-Kolej Matrikulasi Kedah.
-UiTM Shah Alam.

Dan penghargaan paling meriah aku ucapkan buat mereka yang pernah lempang, denda, aku time aku sekolah dulu. INGAT! Aku akan kenang jasa mereka, bukan sebagai dendam. Tapi sebagai kenangan. Terima kasih.
:-)



Ahad indah yang cerah

Hari ahad kembali. Hujung minggu. Hajat mengganti segala hutang tidur.



Selamat pagi! Walau tengah hari, aku rasakan ada idea untuk menulis. Bukan tulisan yang ingin di kejarkan, Namun isi. Walau durian punya luaran yang berduri, namun isi tetap sedap.

Ok. Dan seorang rakan Facebook mengkhabarkan beliau punya keinginan murni, membukukan segala tulisan beliau. Dan aku gembira untuk itu. Beliau telah lama menulis. Dan punya sumber inspirasi yang banyak. Dan perkhabaran itu mungkin menjadi titik tolak untuk aku juga terus menulis. Membukukan hasil tulisan aku kelak. Hahaha. Angan-angan sahaja. Namun beliau menolak idea bernas aku untuk menerbitkan buku untuk pasaran. Katanya hanya untuk simpanan peribadi. Aduh! Jangan dibiar bakat itu wahai rakan. Cukup membaca tulisan sejak 2 minggu lalu, Aku dapat rasakan beliau punyai idea dan bernas dalam penulisan. Dan beliau banyak membaca. Itu punca utama barangkali.

Aku? Baca?
Ikut mood. Haha.

Azan zohor telah berkumandang. Ayuh! mandi dan makan.

Buku Lima Bukan Solusi.

Muka ganas, hati kaca.
Quote yang biasa kita dengar. Tapi biasa ia dikaitkan dengan seorang mamat yang berpewatakan ganas namun seorang yang  jiwang karat. Itu pendapat masing-masing.

Namun bagi aku, maksud itu berdasarkan pemikiran kita sendiri. Tahap kematangan otak kita untuk berfikir. Dan aku menganggap ayat itu melambangkan, bahawa seganas mana perwatakan kita, masih ada sekelumit rasa kasih sayang dalam jiwa kita. Dan kasih sayang itu bukan hanya pada kekasih, namun buat semua. Hidup atau mati. Terpulang.

Dan bagi aku sendiri, aku BENCI kekerasan. Dan buat mereka yang masih berfikiran kolot dan berfikiran kanak-kanak, jangan jadikan pergaduhan itu suatu jalan penyelesaian. Jangan tunjukkan keBODOHan anda dengan buku lima anda yang tidak seberapa. Muscle anda mungkin besar, namun otak anda sungguh kecil. Duduk satu meja, berbincang, diskusi. Itu lebih baik bukan?
Mencerna minda, Tanpa kekerasan. Sedikit tolak ansur. Selesai masalah bukan?



Dan jangan jadikan kekuatan buku lima semata-mata untuk memenangi hati mereka. Dan kau seorang pengecut!
Jadikan kekuatan minda anda berfikir untuk memenangi hati mereka. Dan itu lebih baik bukan?

Friday, May 13, 2011

13 Mei kembali

Dan 13 Mei kembali. Perkauman. Isu sensitif. Nyawa hilang. Dan bagi mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa ini, sila buka buku sejarah. Dan aku  masih pudar dan samar-samar tentang ini. Namun apa yang aku jelas ia berkaitan isu perkauman. Dan bagi aku isu ini tidak menjadi sesuatu yang serius sekiranya, rakyat kita punya rasa cinta akan keamanan dan keharmonian.

Dan apa yang aku rasa, isu bunuh membunuh 13 Mei ini berlaku akibat cakap-cakap berkaitan kejahatan dan keburukan kaum lain.
Bagaimana mereka tahu? Mungkin mereka lihat barangkali.
Adakah mereka cukup kenal kaum itu sehingga sanggup melabelkan mereka sebagai penjahat?
Hari lepas biar berlalu. Yang baik dijadikan pegangan. Yang buruk itu kita buang.

Dan 13 Mei kembali. Beberapa hari lepas aku terdengar berita bahawa ada sesetengah pihak membangkitkan isu berkaitan perkara-perkara yang menyentuh hubungan etnik dalam perlembagaan. Agama rasmi, bahasa rasmi dan beberapa perkara lagi. Dan aku boleh jangka perkara yang pernah  berlaku hampir 40 tahun dulu akan berlaku lagi. Dan aku harap mereka yang berkaitan sila ambil tindakan. Jangan cakap tidak serupa bikin.Perkara ini tidak akan berlaku sekiranya sikap toleransi itu ada. Tinggalkan sikap ego itu. Dan aku rasa, masih ramai yang tidak mahukan perkara ini berulang. Kami hanya rakyat biasa. Mahukan kehidupan  harmoni.

Wednesday, May 11, 2011

Done Itu Selesai

Selesai. Itu satu ungkapan yang indah. Penghujung kepada sesuatu yang pernah bermula. Dan selesai itu tidak bermakna ia akan berakhir dengan begitu. Sambungan masih ditunggu. Dan sudah semestinya akan berlaku. Bila dan bagaimana? itu bukan urusan kita. kita akan hadapi. Redha. Pasrah.

Dan Sem IV berlalu. Lagi 4 semester. Masih jauh. Barangkali. Result?. Dan itu isu sensitif bagi aku. Kenapa?  Dan itu soalan tidak berjawapan. Sesungguhnya aku bukan seorang yang hebat dalam pelajaran. Biarkan aku menyimpan keputusan itu seorang diri. Bukan waktu untuk aku berkongsi. Dan sila hormati.


Dan aku barangkali akan jarang menulis disini. Bukan! Bukan begitu. aku masih akan menulis. Tapi sedikit terhad. Waktu. Itu aku rasa masih kurang mengizinkan. Dan aku yakin, aku akan mencuri masa. Walau tidak untuk jadikan 25 jam sehari, tapi aku akan cuba. Mencari ruang dan isu untuk aku tulis. Dan maafkan aku. Tulisan aku tidak bagus. Harap maaf. 

Sunday, May 08, 2011

Picisan Hari Ibu

8 Mei. Sambutan Hari Ibu. Barangkali. Dan ada beberapa pendapat mengenai Sambutan Hari Ibu menurut perspektif Islam. Dan aku tidak layak untuk memperkatakan tentang itu. Baca disini.


Puluhan tahun berlalu,
Pertarungan hidup matimu,
Demi aku.
Terima kasih ibu.

Kau masih teguh disitu. 
Menunggu dan terus menunggu,
Kepulangan anakmu.
Namun, aku mengecewakanmu.

Dan kau tetap menunggu,
Walau dengan hanya panggilan suaraku,
Namun aku masih mengecewakanmu,
Lupakanmu sehingga kau sendiri menghubungiku.
Maafkan ku ibu.

 Dan usia remaja aku tidak bersamamu, 
Jauh,dan rakan menjadi teman,
Aku tahu, dibenakmu terfikir tidakkah aku rindu pada mu. 

Itu pandanganmu,
Aku sebenarnya malu, 
Malu dengan yang lain, 
Aku tidak sehebat mereka, segulung ijazah gah disisi.

Aku?
Dan aku malu kerana tidak dapat menjadi seperti mereka,
Hebat bersama kerjaya masing-masing,
Dan maafkan aku, 
Aku telah mencuba, namun masih belum berjaya.

Dan maafkan aku sekiranya aku tidak dapat membahagiakan kau sekarang, Dan aku berikrar pada diriku ini yang aku akan bahagiakan kau kelak. Aku akan doakan segala yang terbaik buatmu. Sesungguhnya pergorbananmu tak mampu aku balas hingga hujung nyawa.

Sedikit pengorbanan seorang ibu yang aku ingin kongsi bersama.




Dan mereka lah yang menjaga kita dari kecil hingga ke besar
Siapa yang menyuap nasi kemulut kecil kita satu ketika dahulu?

Dan beliau masih berusaha untuk membahagiakan kita walau diusia tua.




noTAngan - Dan bingkisan ini aku tulis kerna idea untuk menulis buat umi aku muncul. Hari ini orang celebrate hari ibu. Dan aku tidak mampu untuk menghadiahkan sebuah Mercedes atau BMW namun aku hadiahkan sebuah picisan dari aku. Buat para ibu didunia.

Saturday, May 07, 2011

Sumbang

Hari demi hari. Jam swatch hijau itu tidak pernah bergerak songsang. Melawan arus rotasi sebenar. Dan itu bermakna aku tiada apa melainkan semakin berusia. Semakin matang barangkali. Matang dan masak dengan suasana sekeliling.
Dan aku sering duduk sendiri, mencari, mengenali. Siapa aku ini. Dan soalan itu takkan dijumpai dibalik muka surat terakhir mana-mana buku. Dan jawapan itu hanya ada pada aku. Sekadar seoprang pelajar yang masih terkontang-kanting dalam pelajaran. Dan masih mencari haluan, Antara minat dan kerjaya. Namun aku gagahi untuk dapatkan segulung ijazah. Kerja apa itu belakang kira.

Dan aku lebih suka  untuk bersendiri untuk memikirkan hal-hal sebegini. Mungkin aku boleh duduk dan memohon kepada Tuhan untuk dibukakan pintu hatiku ini. Dan ada orang pernah bertanya,
"Kau tak bosan ke duduk sorang?"
Kadang-kadang akan rasa bosan. Dan aku akan bersendiri jika aku bermasalah. Dengan kehidupan. Dan aku rasa sendiri itu lebih baik. Dan aku lebih banyak menulis jika aku bersendiri.

Hampir 20 tahun aku hidup. Aku masih tertanya-tanya. Apa sumbangan aku pada komuniti aku?
Dan aku tertarik dengan kata-kata Namron dalam cerita Gadoh.

"Kadang-kadang kita hidup ni bukan untuk bersenang-lenang ajew, aku nak buat sesuatu untuk bangsa aku.Bangsa Malaysia"

Dan aku tahu aku hanya seorang pelajar. Namun tidak salah bukan untuk aku menyumbang sesuatu untuk komuniti aku sendiri? Dan aku akan terus menulis. Walau isinya kosong dan dianggap sampah oleh sesetengah, sebilangan atau segelintir.

Dan suatu senja disebalik hutan konkrit.
Tak terlawan hutan hijau.
sesungguhnya hutan konkritmu lagi gah dari ku.

Canon AT-1
Fujilfilm superia Xtra-400

Dan aku sedikit berbangga. Salah seorang rakan di Facebook aku kembali menulis setelah sekian lama beliau menyepi. Dan aku juga mendapat suntikan semangat untuk menulis juga dari beliau. Walau secara tidak sengaja barangkali. Dan aku harap semangat aku ini tidak berhenti disini. :) Dan aku berharap aku bakal menyumbang sesuatu yang lebih besar untuk komuniti aku lagi.



noTAngan - Dan aku masih mendengar hasil karya kak Fynn Jamal dekat blog beliau. Sumpah aku cinta pada hasil beliau :)

Malam Sepi

Dan aku mula kembali, menekan papan kekunci.
Menari jari ini diatas papan kekunci.

Malam Puisi Riong 2011. Singgah sebentar. Walau lambat asal sempat. Dan jam 9.40 aku sampai. Lambat? Sudah ku kata, Walau lambat asal sempat. Pada awalnya, aku tidak berniat untuk pergi, kerna aku senantiasa sendiri dalam hal-hal sebegini. Mana mereka? Kurang minat barangkali. Namun, aku gagahi, tinggalkan dunia study buat seketika. Tenangkan jiwa. Rehatkan minda. Dan tepat ketika aku sampai Kak Fynn baru setup untuk perform.




Dan aku suka freestyle yang dibuat Kak Fynn untuk 1st song. Simple dan mendalam. Keinsafan dan kesedaran. Itu isu yang dibawa. Dan aku tersentuh pabila lagu ke-2 dimainkan. Biar. Tersentuh. Sebak. Dan terima kasih buat kak Fynn dan kawan.Dan mungkin aku kelihatan cukup ayu dan hati kaca pabila aku tulis begini bukan? Dan kau sesungguhnya tidak berhak untuk mengadili aku sebelum kau mengahayati lagu Biar itu. HAYATI, bukan sekadar dengar. Dan aku nampak sedikit bodoh terkontang-kanting mencari arah seorang diri ditengah kepekatan malam, dengan bebanan buku yang masih belum dibaca.Dan esok aku ada exam. Sesungguhnya aku cukup tersentuh dengan persembahan tadi.

Dan yang lain? Aku sempat dengar Kak Fynn, Ahmad Fedtri dengan puisi rugi dan Amelya dengan puisi bahasa melayu Osman Awang ditukar kepada bahasa Inggeris. Dan aku tiada daya untuk dengar semua puisi tadi. Banyak buku nota perlu aku hayati. Hahaha.



noTAngan - Maafkan aku. Tiada gambar mereka. Aku hanya berteman 1 MP3 pinjam, 1 Headphone dan juga buku tulisan aku berserta pen murah yang diberi percuma satu ketika dahulu. Tiada rakaman dibuat. Hanya persembahan ikhlas dari semua dapat aku rakam dan semat dalam hati kecil aku.

Friday, May 06, 2011

Hari Jumaat?

Jumaat datang lagi,
Membawa seri di pagi hari,
Sungguh tenang sekali,
Moga hari ini lebih dirahmati.

Dan Jumaat datang lagi. Ramai yang berperwatakan baik hari jumaat kan? Kenapa? Itu bukan urusan aku. Itu urusan kau dengan Tuhan kau. Dan aku tahu, Jumaat itu penghulu segala hari. Dan hari jumaat ini sesuai dengan sesuatu yang baik, indah. Dan semua akan berpewatakan baik. Dan


Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Dari short ke baju melayu,
Dari legging ke baju kurung.
Indah bukan kalau baju melayu dan baju kurung itu dipakai tiap-tiap hari. Menutup aurat bukan?

Adakah ini 1 trend?
Hormat hari jumaat barangkali. Dan mengapa hanya di  hari jumaat? Owh mungkin kerana hari kiamat akan berlaku pada hari jumaat kan. Jadi semua orang nak nampak baik pada hari jumaat.

"Weyh, tak baik menipu doe. Hari nie kan hari jumaat,"

Pernah dengar ayat dekat atas? Kah Kah Kah.
Apa itu? bukan menipu tu memang tak baik tiap-tiap hari ke?

Sila jawab segala pertanyaan aku. Banyak lagi perkara yang berlaku hanya pada hari jumaat, dan sepatutnya semua itu berlaku pada hari lain. Aku rasa korang boleh senaraikan sendiri.

noTAngan  - Kejadian ini berlaku disekeliling aku, dan kadang-kadang berlaku pada diri aku sendiri. Dan aku akui kesalahan aku. tapi bagaimana dengan yang lain? Adakah anda sedar atau tidak?

Wednesday, May 04, 2011

Surat Layang

Berdansa senang lenang.
Perut kenyang hati girang.
Dan kembali mengarang,
Di malam yang suram.

Tidak terlalu suram sebab sekeliling hingar, Bersiap siaga untuk turun ke mid Valley. Layan THOR.Dan aku masih setia bersama laptop aku. Mentelaah dunia luar yang sentiasa bertelagah. Dan Firefox 4.0 dan Opera menjadi pilihan.

AH! Lupakan mereka dengan dunia luar menonton wayang. Lupakan hasrat, duit tak dak. (-.-'')

2-3 hari lepas aku terima surat layang. Sumpah aku ingatkan ada awek nak masuk meminang aku. Argghh!!!
Bodoh! Jangan ingat aku akan layan stranger yang nak kenal aku. Add pon tidak, konon nak berkenalan. PUI! Gambar kau nak hot jew. Muka minah mana la kau nak rembat. Ish-ish. Tengok bawah.



Aku pun masih blur dan tertanya-tanya kenapa aku menjadi pilihan untuk menghantar mesej-mesej yang berbau cibai ini. Semacam mahu kenakan aku. Promote something. Sorry aku tidak berminat untuk itu. Harap Maaf.

noTAngan - Menulis sambil melayan lagu The Weight by The Band. 3 versi aku layan. Original, Cover  by Weezer, dan cover by  PATD. :)


Surat Dari Peminat

Salam malam.Masih lagi gelap. Menanti mentari muncul esok pagi. Dengan harapan dapat membaca doa qunut esok pagi.

Tadi aku sempat mengadap facebook sekejap. Dan aku menerima 1 surat panjang. Dari peminat barangkali. Namun aku tergelak seorang diri. Sadis, Sedih. Ungkapan yang aku mampu ungkapkan. Panjang beliau mengarang. Apa aku dapat? Satu luahan kesal barangkali terhadap bangsa beliau sendiri. Aku turut bersetuju dengan apa yang ditulis beliau.

Ok sila baca apa yang dia tulis. Nanti aku tanya balik mengapa dan kenapa tiba-tiba dia menghantar surat ini kepada aku.

tipikal malay.
semua benda nk freemason.
asal segitiga, piramid terus freemason.
ketupat daun palas segitiga kot.
xda plak kuar isu pengaruh freemason n iluminiti.

tipikal malay,
suka sangat percaya berita2 karut/khabar angin/berita xda point.
semua berfikiran harian metro.
faq!

tipikal malay.
kalau pasal politik semua terror.
mcm blaja law kat cambridge.
padahal baru lepasan SPM. (BM pun x A1)
sarkis.

tipikal malay.
benda2 agama pun nk dimain mainkan. jadikan isu.
kalah mufti/tuan guru/imam muda/ akil hai.
semua terror agama.
padaha kosong.
xtahu ilmu agama xyah r nk bising2.
bace r buku2 agama/tgk alkuliyah/forum perdana/semanis kurma.
jejak rasul yg setahun sekali pun payah nk tgk. cis.
oh ya, selipar kat masjid pun nk rembat.

tipikal melayu.
utusan malaysia mmg suck! i.
surat dah r xmenarik. dakwat pun murah. kabur je.
isi x neutral lansung. isi berita duk nk memutar beitkan rakyat je.
rtm pun sama. zaman dah maju tapi mutu rancangan/cerita mcm zaman p ramlee studio jalan ampas.
iklan pun pakai power point.
studio kat angkasapuri dari zaman aku kecik sampai skrg sama je paternnya.
org melayu yg handle.
tahi suci.

tipikal melayu.
semua nk klise.
drama tiap2 tahun jalan cerita/skrip/gaya bahasa/tema & persoalan nk sama je.
anak beranak berebut saham, pemuda kg kapel dgn anak bos terus jadi ceo.
babi nyaman!

Babi nyaman, tahi suci merupakan quote feveret beliau.Hahaha. Dan insyaAllah  beliau akan terbang ke China sebagai hadiah berjaya memenangi 1 pertandingan yang disertai beliau tahun lepas. Congratz! 

Dan sama-sama tunggu apa projek terbaru. Tiba-tiba projek penulisan beliau pun da shutdown. Nak buat kejutan lepas ni kot. :-)



Tuesday, May 03, 2011

Malam Puisi Riong Shah Alam 2011

Malam bakal berlabuh, dan hari esok bakal muncul tidak lama lagi.
Tinggalkan dunia penuh pancaroba buat seketika.Ayuh kita rehatkan minda. di Malam Puisi Riong Shah Alam 2011.



Siapa-siapa yang minat puisi, ayuh kita dengar puisi mereka.
Apa kata hati mereka.

Monday, May 02, 2011

Kekuatan Muzik

Salam selamat malam. Suasana hening. Masing-masing mengadap buku.
Aku? Jangan tanya. Biarkan aku melempiaskan nafsu menulis.

Aku dan muzik         | B E T U L |
Aku dan alat muzik  | S A L A H |
Dan mengapa aku kata salah, sebab aku tak reti main alat muzik. Setakat petik gitar 2,3 kod. (-.-'')

Aku memang menggemari muzik. Muzik itu boleh merubah segala-galanya. Dan bagi aku, penulis muzik, menggunakan medium seni ini untuk meluahkan apa yang dirasa. Dan bagi aku, penghayatan paling dapat diamati oleh penyanyi yang menulis lagu itu sendiri.Barangkali apa yang ditulis itu berdasarkan kisah kehidupan beliau sendiri, barangkali.

Dan aku percaya pada kekuatan muzik atau lagu itu sendiri. Kekuatan itu sendiri.Bagi aku, apa bentuk lagu, genre dan gaya penyampaian itu, aku akan layan sekiranya sesuai dengan jiwa dan mood aku sekarang. Dan ramai orang menganggap ia sebagai universal listener. Mungkin barangkali. Dari black metal, hardcore, metal, jazz, grunge dan sebagainya. Dan aku tahu, ramai mempunyai persepsi tersendiri berkaitan dengan muzik. Ramai yang menganggap black metal itu sesat. Bagi aku tidak semua yang sesat. Selagi kau punya batas dalam kehidupan kau. InsyaAllah kau masih selamat dari jalan yang sesat.

Dan bagi aku, selagi bentuk muzik itu best dan boleh melayan mood aku, then it is ok to me. Tak kira la Justin Beiber, Lady Gaga, Celine Dion, Britney Spears. Aku akan layan kalau lagu itu best. Tapi aku tak la nak layan lagu Rebecca Black - Friday. Ini memang sampah tak sedap. Muzik komputer. Dari komposisi muzik ke suara. Argh! itu pendapat peribadi aku. Abaikan.

Sekarang, aku mengalami tekanan jiwa dikala exam week. Maka pemilihan lagu yang slow amatlah perlu. Kalau tak, makin merana la jiwa lara aku. Dan aku telah memilih The World's Greatest Ballads sebagai album yang sesuai untuk aku layan ketika study.


Nanti aku kongsi apa pendapat aku terhadap album ini. Mungkin korang boleh dapatkan album ni. :)
Dan aku sedang asyik melayan album ini sambil membelek-belek nota drilling (-.-'')


Sunday, May 01, 2011

Kehidupan Manual Yang Mencabar

Bangun pagi, masih mamai. Mengantuk. Dengkuran yang lain masih lagi kedengaran.
Argh! Subuh hilang lagi. (-.-'')


Hidup. Susah. Mencabar. Banyak dugaan. Menarik kadang-kadang.

Transmisi kehidupan berbeza mengikut individu itu sendiri.


Automatik - Mengikut aturan yang ditetapkan.
Manual - Mencari haluan kehidupan sendiri.